:: MuhasabaH Cint@ ::


CINT@... Perkataan yang biasa kita dengar dan ungkapkan. Setiap manusia yang berpeluang hidup di muka bumi ini pasti mengalami perasan cinta.. Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta..

Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak. Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada keluarga. Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu. Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanahair. Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta. Dan seorang pencinta kononnya sanggup merentasi lautan berapi lantaran cintanya kepada kekasihnya. Secara dasarnya kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta...

Itulah CINT@...Ia FITRAH.... dan ia juga boleh menjadi FITNAH... Ia boleh menjadikan seseorang MULIA atau HINA. Ia bisa merubah manusia menjadi lebih baik di sisi Tuhan dan manusia... dan ia bisa juga menjatuhkan nilai seseorang dari sudut pandangan Tuhan dan manusia...

Sudah lama kita menjalani kehidupan ini dan sudah banyak kali perkataan CINT@ kita ungkapkan dan luahkan...

Sudah banyak rasa kecewa menyinggahi jiwa kita.. Sudah tidak terkira kita rasa sedih apabila orang yang kita cintai membuat sesuatu yang tidak kita sukai. Sudah acap kali kita didatangi keresahan apabila harta yang kita cintai hilang atau berubah hakmilik. Yaaaa..!!!! cinta kepada makhluq pasti mengundang kekecewaan. Sekiranya cinta dan kasih diletakkan kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhluqNYA, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa. Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada ALLAH menguasai jiwa. Malah jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa kita...

Semoga tulisan yang ringkas ini bisa mencetus rasa ingin memperbaiki rasa CINT@ kepadaNYA. Mudah² kita semua tergolong di dalam kumpulan manusia yang meletakkan dambaan cinta dan redha ALLAH sebagai yang utama... amin… Smiley

0 Responses
Related Posts with Thumbnails