Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

:: CinTa ::


Selalunya malam minggu bobot akan keluar pusing² KL.. tapi mlm ni entah kenapa bobot takde mood sgt hingga ke pagi ni..jam dinding dah menunjuk pukul 2.38am.. bobot still layan mukabuku sambil dengar lagu di DesaFM bersama DJ LadyJulyiet.. nak tido mata tak ngantuk lagi.. entah kenapa bobot asyik dok fikirkan pasal CINTA jeer... mungkin bobot single kot heheheh.. (ape yg bobot merapu ni..) ini mesti kes terlebih baca novel kot huhuhuu...

♥.. :: CINTA :: ..♥
Cinta... satu perkataan yg indah bagi mereka yg sedang merasai alam percintaan.. ia mudah datang dan mudah pergi begitu saja… datang tanpa diminta dan pergi tanpa diduga oleh orang yang merasai cinta… cinta begitu hebat hingga membuatkan seseorang itu sanggup kehilangan diri sendiri mahupun orang lain.. cinta juga mampu membunuh orang yang merampas cintanya…

Cinta juga dapat dilahirkan melalui penulisan lirik² lagu… ayat² cinta dan warkah² cinta… itu lah kehebatan cinta dalam penulisan…

Smiley

Ada apa dengan CINTA??? Apa itu CINTA??? Cinta ada KUASA?? yaaa!!! KUASA yang mampu membuatkan kita lebih disayangi oleh insan lain…ia tidak tertakluk pada kekasih kita sahaja malah kepada semua yang berada disekeliling alam kita… kita dilahirkan dengan satu perasaan yang berlainan pada setiap orang… ada yang menganggap CINTA ini tidak perlu ada dalam diri seseorang itu.. tapi kita silap cinta kepada ALLAH sudah lama berada dalam diri kita sejak kita dilahirkan…kenalilah apa itu CINTA kepada ALLAH dgn secara jujur dan ikhlas barulah kita tahu apa itu CINTA SEJATI… kerana cinta kepada ALLAH adalah cinta yang paling SUCI, JUJUR dan IKHLAS yang lahir dari hati kita sendiri…. Fahami dan selamilah sebelum kita berbicara tentang “CINTA” sebenar...


:: Cint@ Lewat Usi@ ::

Dalam urusan percintaan.. ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, bangkit perasaan berbunga² ketika sedang jatuh cinta sehingga ada di antara kita mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati... Namun dari segi sasarannya ia jelas berbeza....


Pada peringkat usia 30-an merupakan saat di mana kita mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya kita seringkali bertemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya kita menjalinkan hubungan dengannya... pada saat itu juga kita akan berfikir "Kenapa begitu susah untuk bertemu dengan seseorang seperti yang di idam²kan selama ini"...

Selain itu kita akan memikirkan impaknya apabila kita mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak sepadan dengan kita seperti yang di idamkankan selama ini. Akhirnya masalah besar akan timbul...

p/s : apa pandangan korang tentang isu ini... jom komen untuk kita kongsi bersama..


:: MuhasabaH Cint@ ::


CINT@... Perkataan yang biasa kita dengar dan ungkapkan. Setiap manusia yang berpeluang hidup di muka bumi ini pasti mengalami perasan cinta.. Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta..

Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak. Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada keluarga. Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu. Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanahair. Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta. Dan seorang pencinta kononnya sanggup merentasi lautan berapi lantaran cintanya kepada kekasihnya. Secara dasarnya kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta...

Itulah CINT@...Ia FITRAH.... dan ia juga boleh menjadi FITNAH... Ia boleh menjadikan seseorang MULIA atau HINA. Ia bisa merubah manusia menjadi lebih baik di sisi Tuhan dan manusia... dan ia bisa juga menjatuhkan nilai seseorang dari sudut pandangan Tuhan dan manusia...

Sudah lama kita menjalani kehidupan ini dan sudah banyak kali perkataan CINT@ kita ungkapkan dan luahkan...

Sudah banyak rasa kecewa menyinggahi jiwa kita.. Sudah tidak terkira kita rasa sedih apabila orang yang kita cintai membuat sesuatu yang tidak kita sukai. Sudah acap kali kita didatangi keresahan apabila harta yang kita cintai hilang atau berubah hakmilik. Yaaaa..!!!! cinta kepada makhluq pasti mengundang kekecewaan. Sekiranya cinta dan kasih diletakkan kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhluqNYA, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa. Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada ALLAH menguasai jiwa. Malah jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa kita...

Semoga tulisan yang ringkas ini bisa mencetus rasa ingin memperbaiki rasa CINT@ kepadaNYA. Mudah² kita semua tergolong di dalam kumpulan manusia yang meletakkan dambaan cinta dan redha ALLAH sebagai yang utama... amin… Smiley

:: SaaT MeniLai Chent@ ::



~ SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang. Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan. Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Menyentuh soal cinta, jangan pula kita lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Tip² yg disenaraikan dibawah, mungkin dpt membantu kita :~

~Lupakan masa lalu~

~Temui ramai orang~

~Ubah penampilan~

~Buat keputusan~

Smiley
Related Posts with Thumbnails