:: Keistimewaan Wanita ::

Hari ni bobot tak tahu nak update apa...idea takde langsung huhuhuu.. last² tgk email jumpa 1 topic yg bobot nak kongsi dgn u all sumer.. baca la yerrr...


Wanita Cantik yg suka Menangis...
Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.


Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"


"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak lelaki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang lelaki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia "menghubungi" Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah Berfirman

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya " tempat dimana cinta itu ada."

Hargailah setiap wanita yang anda kenal hari ini. Jika anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!


Sesungguhnya kecantikan wanita yang azali bukan pada kecantikan luaran semata²..Selamilah hati wanita itu dan ingatlah... Setiap Wanita itu CAnTiK...


p/s : sori la yeerr..bobot copy dr email jeer.. harap sumer kwn² faham, tak semestinya idea tu ada setiap hari.... (~_~)

:: PeLiK Tapi BenaR ::

haaa....entry kali ni bobot nak cite satu produk yg mmg bobot rasa pelik dan boleh la dikatakan mmg tak caya..sbb baru 1st time bobot tahu ada tuala wanita yg bole juga dipakai oleh lelaki...mesti u all sumer rasa pelik Smileykan..kan..kan.. hehehee..Smiley

Nak jadikan cite..pagi tadi masa bobot dan rakan² sedang sarapan berdekatan dgn tempat kerja...salah sorang rakan kpd kawan bobot ni nak perkenalkan 1 produk yg bobot tak penah dengar selama ni dan bagi free sample suruh mencubanya hehehe.. katanya tuala wanita ni bole dipakai oleh lelaki dan elok untuk kesihatan... so dia pun cite la serba sikit tentang produk ni.. salah sorang kwn bobot penah mencuba produk ni..katanya tuala wanita ni sejuk dan sesuai digunakan kalu kite demam...bau tuala ni pun mcm minyak gamat jeerr....

Balik je opis..terus bobot sebarkan di facebook hehehe..ada la jgak kwn² bobot perli & ada jugak yg rasa pelik tak percaya tuala wanita bole dipakai oleh kaum adam..huhuhuuu.. so sape² yg tahu tentang produk tuala wanita ni atau kaum² lelaki yg penah mencubanya..boleh la bagi komen & sama² kita kongsi yeee..

(ada keerr lelaki yg dah try pakai tuala wanita ni wik..wik..wiki..wiki..)
p/s : bobot ambik 2 nak bagi mak & kakak bobot cuba pakai..kalu ok, bole la bobot buat bisnes hehehehe...
Smiley

:: CinT@ DaN Air MaTa SeOranG LelaKi ::


Insan Bernama Lelaki Juga Punya Hati & Perasaan
Ingin Di Hargai & Di Sayangi
Smiley
Siapa kata lelaki susah nak menangis? Sape kata kalu lelaki menangis tu tak gentlemen? sape kata lelaki menangis tak macho? heheheheh...itu terpulang pada keadaan & pendapat masing²...tapi kalu menangis kerana tgk drama kat tv.. memang tak macho laaa lelaki tu kot hehe....nak² pulak drama rekaan semata²...dah la kisah cinta..rekaan pulak tu...hehehe
(bobot pun kadang² menangis tgk drama.. terlebih feeling huhuhu..)


Entry kali ini agak sempoi...bobot nak ajak sahabat² baca & cuba fahami bersama...kalu tak mau baca pun takpe..tak kena saman pun hehehe...


LELAKI
~~~>>>Bila lelaki benar² jatuh CINTA dan SETIA pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba² secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang MABUK CINTA sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.


Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda² lelaki yang jatuh cinta dengan hebat

Smiley
::::::::::::::::::::::::::::::::::::
............................

..............



ô. Bersungguh² melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

ô Sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

ô. Banyak menasihati kekasihnya kerana amat menyayangi kekasihnya.

ô. Berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap².

ô
. Sentiasa takut kehilangan kekasihnya.


ô. Sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana sentiasa berasa curiga.

ô. Tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

ô
. Mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.


ô. Adakalanya seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

ô
. Menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.


ô
. Pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.


ô
. Akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama..


ô
. Sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.


ô
. Mementingkan kekasihnya daripada dirinya
sendiri.

ô
. Kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.


ô. Tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

ô
. Cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.


ô
. Membanggakan kekasihnya di depan orang lain.


ô
. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun sentiasa mengharap
kekasihnya kembali kepadanya.

ô
. Apabila timbul orang ketiga, dirinya akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.


ô
. Menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.


ô. Tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.

ô
. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.


~~Kadang² bobot terlalu mudah mengalirkan airmata..terutama ketika berseorangan...~~
MyEm0.Com

:: Satay KajanG ::


Assalamualaikum sahabat² bobot sumer... Entry kali ni bobot tak tahu nak letak topic apa.. fikir² bobot letak jer la cite malam td...kalu bobot cite apa yg bobot wat setiap hari nanti u all bowing plak bace cite bobot kannn Smileyhehehe.. ok la..bobot cuma nak cite mlm td tercapai la sudah impian bobot nak makan SATAY di kajang Smileyhehehe....dah lama sbenarnya bobot teringin nak makan satay tp masa shj yg tidak mengizinkan..(dah macam org mengandung la plak Smileyhuhuhuuu..) semalam bobot bagitau mak yg bobot nak blanje mak & ayah makan satay..lagi pun dah lama tak ajak famili bobot makan luar..seronok sungguh mak & ayah bila bobot bgtau nak blanje mkn..biasalah kann..famili mana yg tak seronok bila tahu anaknya nak blanje mkn.. walaupun tak byk mana sekurang²nya dpt la jugak bobot menghiburkan hati mereka selagi masih ada..tanpa mereka siapalah kita dimuke bumi Allah ini..Smiley

~ adik SAYANG MAK & AYAH..MUAHHHHHH!!!.. ~
Smiley





P/S : Mak & Ayah bobot malu nak bergambar ber2 ketika makan..mcm couple mude² plak hehehe...


:: CinTa ::


Selalunya malam minggu bobot akan keluar pusing² KL.. tapi mlm ni entah kenapa bobot takde mood sgt hingga ke pagi ni..jam dinding dah menunjuk pukul 2.38am.. bobot still layan mukabuku sambil dengar lagu di DesaFM bersama DJ LadyJulyiet.. nak tido mata tak ngantuk lagi.. entah kenapa bobot asyik dok fikirkan pasal CINTA jeer... mungkin bobot single kot heheheh.. (ape yg bobot merapu ni..) ini mesti kes terlebih baca novel kot huhuhuu...

♥.. :: CINTA :: ..♥
Cinta... satu perkataan yg indah bagi mereka yg sedang merasai alam percintaan.. ia mudah datang dan mudah pergi begitu saja… datang tanpa diminta dan pergi tanpa diduga oleh orang yang merasai cinta… cinta begitu hebat hingga membuatkan seseorang itu sanggup kehilangan diri sendiri mahupun orang lain.. cinta juga mampu membunuh orang yang merampas cintanya…

Cinta juga dapat dilahirkan melalui penulisan lirik² lagu… ayat² cinta dan warkah² cinta… itu lah kehebatan cinta dalam penulisan…

Smiley

Ada apa dengan CINTA??? Apa itu CINTA??? Cinta ada KUASA?? yaaa!!! KUASA yang mampu membuatkan kita lebih disayangi oleh insan lain…ia tidak tertakluk pada kekasih kita sahaja malah kepada semua yang berada disekeliling alam kita… kita dilahirkan dengan satu perasaan yang berlainan pada setiap orang… ada yang menganggap CINTA ini tidak perlu ada dalam diri seseorang itu.. tapi kita silap cinta kepada ALLAH sudah lama berada dalam diri kita sejak kita dilahirkan…kenalilah apa itu CINTA kepada ALLAH dgn secara jujur dan ikhlas barulah kita tahu apa itu CINTA SEJATI… kerana cinta kepada ALLAH adalah cinta yang paling SUCI, JUJUR dan IKHLAS yang lahir dari hati kita sendiri…. Fahami dan selamilah sebelum kita berbicara tentang “CINTA” sebenar...


:: Tips Elak Kecurangan ::



Assalamualaikum sumer sahabat² bobot.. entry kali ni bobot nak kongsi tips² elak kecurangan. Pasti ramai diantara kita setuju..kecurangan boleh menjadi penyebab terbesar virus yg paling ditakuti, mampu menghancurkan sesebuah perhubungan..tetapi kecurangan tidak boleh terjadi begitu sahaja...sebaliknya ia berpunca dari sebelah pihak atau pun kedua²nya.. Tidak ada sesiapa pun diantara kita ingin menamatkan perhubungan tanpa hal munasabah atau alasan yg kukuh tanpa memberikan peluang ke2 atau seterusnya apabila mendapati pasangannya telah berlaku curang kerana keyakinan dan kepercayaan telah tergugat olehnya....

hhmmm... jika kita dan si dia begitu menghargai dan menyayangi perhubungan yg telah dibina..ambillah langkah yg sewajarnya bg memastikan hubungan tidak tergugat oleh kecurangan atau elemen² negatif lain dan yg pastinya tiada siapa diantara kita yg ingin memulakan perhubungan yg bakal disusuli dgn perpisahan...

Jom kita cuba praktikkan tips² perhubungan yg terjalin tidak disulami dgn kecurangan sekali gus membawa kehancuran...
Free Smilies courtesy of www.GreenSmilies.com

♥♥ Cuba kita bina tembok bagi melindungi hubungan kita daripada orang² yg mampu merosakkan hubungan..cakap² orang adakalanya mampu menghancurkan perhubungan terutamanya orang² yg sememangnya dengki dgn kebahagiaan kita.

♥♥ Cuba elak dari melibatkan hal² peribadi kita dan pasangan dgn orang lain (melainkan keluarga dan kwn² yg boleh kita percayai)

♥♥ Sering berbincang bersama pasangan kita secara terbuka dan amalkan sikap give & take..(jika ada kesulitan diantara kita dan pasangan yg tidak mampu untuk diselesaikan..cuba la cari pihak ketiga yg boleh dipercayai dan mampu menjadi konsultan untuk kita minta pandangan)

♥♥ Elakkan dari bercerita tentang masalah peribadi kita dan pasangan dgn orang lain yg tidak mempunyai urusan terhadap hubungan kita.

♥♥ Cuba cari alternatif terbaik untuk meredakan hubungan yg sedang tegang dan jgn pula ditambahkan lagi rasa amarah yg sedang melanda..

♥♥ Jika kita memiliki teman ketika ditalian (teman yg dikenali semasa di chat room intenet) cuba hadkan hubungan itu dan jgn terlalu bersikap terbuka sbb ia akan menimbulkan rasa suka atau jatuh hati..perkara² ini boleh menimbulkan perasaan cemburu dan negatif pasangan kita..

♥♥ Pastikan kita dan pasangan memiliki foto berdua untuk disimpan dalam dompet, diletakkan diatas meja atau screen handphone supaya ia memberi PERINGATAN bahawasanya kita sudah dimiliki hehehee....Smiley

♥♥ Jika kita dan pasangan terpisah dek jarak..pastikan komunikasi kita tetap berjalan baik. Sekarang ni dah ada pelbagai kemudahan komunikasi yg boleh digunakan..jadi tidak ada alasan untuk menjalinkan cinta jarak jauh asalkan dihati sentiasa dekat dan erat selalu..

♥♥ Ajak pasangan kita menghadiri majlis² keramaian dan cuba elakkan dari pergi berseorangan kerana kemungkinan kita akan bertemu dengan orang yg berpontensi menjadi pasangan kecurangan kita..

♥♥ Cuba buat diari catatan mengenai hal² yg berkaitan dgn pasangan kita...ia pasti memberikan saat² manis dan pasti mematikan niat kita untuk berlaku curang terhadapnya bila kita kerap kali membaca catatan yg telah kita tuliskan..

♥♥ Jika kita tertarik atau tergoda dgn orang lain..cuba elakkan dan bayangkan keadaan orang tersebut dalam 5 tahun akan datang..tidak semestinya orang itu akan nampak menarik seperti sekarang dan cuba katakan dalam hati, pasangan kita adalah yg terbaik buat kita..

♥♥ Jika kita bertemu dengan persaing yg mungkin berniat ingin merampas kebahagiaan kita..pastikan kita melakukan perkara² yg menyenangkan dalam usaha menambat kembali hati dan perhatian sehinggakan pasangan kita tidak menyedari kewujudan persaing kita..

:: Cint@ Lewat Usi@ ::

Dalam urusan percintaan.. ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, bangkit perasaan berbunga² ketika sedang jatuh cinta sehingga ada di antara kita mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati... Namun dari segi sasarannya ia jelas berbeza....


Pada peringkat usia 30-an merupakan saat di mana kita mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya kita seringkali bertemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya kita menjalinkan hubungan dengannya... pada saat itu juga kita akan berfikir "Kenapa begitu susah untuk bertemu dengan seseorang seperti yang di idam²kan selama ini"...

Selain itu kita akan memikirkan impaknya apabila kita mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak sepadan dengan kita seperti yang di idamkankan selama ini. Akhirnya masalah besar akan timbul...

p/s : apa pandangan korang tentang isu ini... jom komen untuk kita kongsi bersama..


:: Contest Jom Buat Dialog Lucu ::

Smiley JOM BUAT DIALOG LUCU Smiley



Waahhhh!!!. byk betul contest awal tahun ni Smiley.. seronok plak l
ayan contest. Ini contest yg ke 3 bobot cuba sertai, manalah tahu kot² ada rezeki....Aminnnnn...huhuuu.. contest ni cuma kena wat dialog LUCU.. saje je bobot cuba mana la tahu kot² dialog bobot bleh buat sumer kawan² di blog tersenyum... nak masuk RAJA LAWAK muke tak cukup lawak huhuuu..Smiley

Contest ni dianjurkan oleh KAK PAH "Aulad Jannah". Contest ini juga bertujuan untuk mencari kenalan baru di blog. Hadiahnya berupa wang ringgit.. lumayan ooOOooo..Smiley

Hadiah UTAMA Rm100.00 & 2 Hadiah Saguhati Rm25.00
Smiley
Tarikh tutup contest ni pada 31/01/2010..
Jom ramai² kita sertai & memeriahkan contest ini...tengok dialog sape paling lucu heheheheee...Smiley

Syarat² contest ni bole tengok di blog KAK PAH.. klik >>SINI<<


-->> 1: Eehhh..apsal principal tu tersengih sorang² tgk kite yekk..??
-->> 2: Haa..aahhh laa.. apsal yekk?? muke dah cam spageti jee sengih sorang²..
-->> 3: Tentu principal tu senyum² kambing tgk muke aku yg kiut bile wat muke camni.. bangganye walaupun diriku pendek..hehehe..


SmileyGôôD LucK..!!! kpd kawan² yg menyertai contest KAK PAH..

:: Blogger We Care T-Shirt ::

Satu lagi projek hydir.com untuk semua bloggers.


Blogger We Care T-shirt: RM 25 termasuk kos penghantaran

T-Shirt ini telah direka khas oleh hydir.com dan bikintshirt.com bagi menjayakan kempen Blogger We Careyang diadakan khas untuk En. Megat. T-Shirt ini hanya akan di cetak selepas tempahan mencapai 50 helai dan ke atas. Jangan tangguh-tangguh!

Setiap pembeli akan menerima t-shirt tersebut selewat-lewatnya 2 minggu selepas tarikh mula dicetak. Untuk keterangan lanjut sila klik >>SINI<<

p/s : I care, You care, We Care Smiley

p/s/s : Setiap baju yang terjual akan menyumbang RM 2 kepada En. Megat. Mari kita membeli sambil beramal


:: Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com ::

"Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010."

Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama

untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di
http://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com/

"Saya tahu contest ni dari blog
qamarguyz"

Salam buat kawan² sumer.. ni adalah contest yg ke 2 bobot cuba sertai (rasa² bole menang tak?? huhuuu) .. tarikh tamat contest ini pada 31/01/10 pukul 11.59pm.. JOm ramai² kita sertai & memeriahkan contest ini sebelum terlambat.. Jangan lupa letak bobot sebagai referre.. buat ayat seperti dibawah ni ::--
" Saya tahu contest ni dari blog zbobot" beserta dengan link blog bobot yeerrr...

GooD LucK!!!!
Smiley


Related Posts with Thumbnails