" Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat..Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..Hanya yang melalui akan merasai..Hanya yang memahami akan mengerti.."
~ Salam buat sumer rakan².. lama sungguh bobot tak update blog sbb nak menang contest yg diajurkan oleh azizwan..(bole keerr bobot & kakngah menang???) huhuhuuu...tungguuuu..
Minggu lepas habis keje bobot singgah jalan² di Complex Pertama... sajer nak habiskan masa sementara tunggu kawan² datang.. Ketika dalam complex tu bobot tak tahu plak nak ke mana.. nak tgk handphone malas, nak tgk pakaian..bajet tgh bulan paham² jeerr laa kann.. masa jalan² bobot singgah kedai majalah, kononnya sajer nak tgk² novel terbaru Alaf21...tup-tup akak jurujual tu rekemen kat bobot novel terbaru dari BUKUPrima..ada 2 novel terbaru "ANDAI ITU TAKDIRNYA" & "CINTA KAU DAH AKU"... cam biasa bobot baca la dulu sinopsis ceritanya .. menarik, tp disebbkan bobot tak penah baca novel dari BukuPrima ni.. bobot pun tanya la akak jurujual tu kisah² novel ni.. lepas jeer akak tu cite, terus bobot buat pilihan beli Novel Andai Itu TakdirNya...seb baik ada bajet sikit hehehe.. kalu nak tahu sbb apa bobot pilih novel ni.. jom baca sinopsis novel tu...
Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syed Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia dibuang keluarga. Pasrahkah dia?
"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.
"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdik-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."
Hadiah berupa wang Tunai Rm50.00 untuk PEMENANG & Rm30.00 untuk REFERRE kpd pemenang...(bole le kita sama² dapat duit hihihiii..) jangan tunggu lama untuk berfikir & sila klik kat >> SINI << untuk join.
Lepas korang join, jangan lupa letak bobot sebagai referre.. buat ayat seperti dibawah ni ::-- " Saya tahu contest ni dari blog zbobot" beserta dengan link blog bobot yeerrr...
contest ni tamat pada 13hb Januari 2010 tepat jam 11.59pm
“”... Perkataan yang biasa kita dengar dan ungkapkan. Setiap manusia yang berpeluang hidup di muka bumi ini pasti mengalami perasan cinta.. Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta..
Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak. Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada keluarga. Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu. Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanahair. Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta. Dan seorang pencinta kononnya sanggup merentasi lautan berapi lantaran cintanya kepada kekasihnya. Secara dasarnya kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta...
Itulah ...Ia .... dan ia juga boleh menjadi ... Ia boleh menjadikan seseorang MULIA atau HINA. Ia bisa merubah manusia menjadi lebih baik di sisi Tuhan dan manusia... dan ia bisa juga menjatuhkan nilai seseorang dari sudut pandangan Tuhan dan manusia...
Sudah lama kita menjalani kehidupan ini dan sudah banyak kali perkataan ‘’ kita ungkapkan dan luahkan...
Sudah banyak rasa kecewa menyinggahi jiwa kita.. Sudah tidak terkira kita rasa sedih apabila orang yang kita cintai membuat sesuatu yang tidak kita sukai. Sudah acap kali kita didatangi keresahan apabila harta yang kita cintai hilang atau berubah hakmilik. Yaaaa..!!!! cinta kepada makhluq pasti mengundang kekecewaan. Sekiranya cinta dan kasih diletakkan kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhluqNYA, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa. Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada ALLAH menguasai jiwa. Malah jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa kita...
Semoga tulisan yang ringkas ini bisa mencetus rasa ingin memperbaiki rasa CINT@ kepadaNYA. Mudah² kita semua tergolong di dalam kumpulan manusia yang meletakkan dambaan cinta dan redha ALLAH sebagai yang utama... amin…
~ SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan. Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.Menyentuh soal cinta, jangan pula kita lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Tip² yg disenaraikan dibawah, mungkin dpt membantu kita :~
~ Hari ni dikampus tempat bobot bekerje ada beberapa pameran spt anti dadah, derma darah & bomba yg diajurkan oleh pelajar² kampus. Pameran tu betul² depan pejabat bobot jeerr .. pameran ni cuma sekadar untuk pelajar² yg ingin tahu cara² pengunaan fire extinguisher yg ada dalam bangunan asrama serta denda dikenakan kpd penyalahgunaannya yg dikendalikan oleh pihak bomba dan pameran² anti dadah serta sesiapa yg ingin menderma darah.. ada jgak kwn² suruh bobot derma darah tp rasa mcm tak cukup jeerr darah bobot ni untuk didermakan kat orang lain..(sbenarnya takut tgk darah & jarum huhuhuu..) sempat jgak le bobot ambik beberapa gambar bersama motor bomba yg berkuasa besar dan pameran yg ada ketika lunch time td...
~ Bagi peminat² drama siri jangan lepaskan peluang menyaksikan versi terbaru cerita tersebut yang padat dengan pelbagai kisah romantik, drama dan konflik remaja diberikan nafas baru dengan penampilan konsep baru serta penampilan bintang terkini Hollywood. Drama menarik dalam versi baru ini tanpa menenggelamkan kisah asalnya cukup popular sekitar 1990an. Menampilkan barisan pelakon baru drama versi terkini ini mendapat sambutan hangat penonton serta keberkesanan jalan cerita dan barisan pelakon hebat meningkatkan jumlah penonton setia yang mengikuti rancangan ini. Berlatarkan kisah remaja, drama bersiri ini memaparkan erti persahabatan, ikatan kekeluargaan, tipu muslihat dan pengkhianatan..
~ Bagi peminat² jangan lepaskan peluang menyaksikan versi terbaru cerita tersebut yang disiarkan di 8TV setiap Rabu jam 10 malam.
~Minggu ni seluruh panggung wayang kita akan menampilkan filem² terbaru untukTahun 2010 yg penuh dgn aksi² lucu dan sebagainya.. kali ni bobot nak cite sikit sinopsis filem komedi yg akan ditayangkan pada 07 Januari 2010.. Layannnnnzzzzzz...
--->>> Mengisahkan 2 sahabat baik yg juga berkongsi perniagaan.. DAN, seorang lelaki yg baru bercerai & CHARLIE pula gemar berfoya² dalam bercinta. Mereka ber2 terlalu komited dlm bekerja sehinggakan tidak pernah memikirkan untuk membina keluarga bahagia. Setelah beberapa tahun bercerai, tiba² bekas isteri DAN, Vicki muncul kembali & mengatakan DAN sebenarnya sudah menjadi ayah kpd sepasang anak kembar berusia 7 tahun. DAN amat terkejut dgn berita yg telah disampaikan oleh bekas isterinya tetapi CHARLIE pula yg teruja. Vicki meminta bantuan DAN & CHARLIE unutk menjaga anak kembar tersebut yg agak nakal. Disebabkan DAN & CHARLIE tidak pernah memiliki pengalaman, mereka ber2 terpaksa meminta bantuan dari seorang pekerja untuk menjaga anak kembar tersebut..
## Apakah yg akan terjadi kpd DAN & CHARLIE seterusnya... jom sama² kita saksikan filem komedi "" di panggung wayang kita...##
Assalamualaikum.. zBobot cuma nick id aku,rasa mcm comel je nama tu hehehe.. nama sbenar Zan(nama pendek) Kawan2 kate aku ni jenis yg simple, suke menceriakan kwn2 dan senang berkwn ngan semua org...
Proving his mettle
-
By AZHARIAH KAMINNubhan has made much progress in his singing career since
his Akademi Fantasia days.AFFABLE, polite, engaging and warm – that’s how
one wo...
~ Siapa sangka..getaran cinta hadir tanpa diduga..pendirian roboh tanpa rela..Dalam keasyikan menyulam kebahagiaan..tersedar dari lena yg panjang. Mimpi2 indah rupanya satu persenda..Demi Kasih..rela menjadi satu pengemis CinTa yg punya HarGa Diri & MaruaH.. CinTa yg tak pasti di mana destinasi akhirnya dan kerana itu ada HaTi yg tercaLar..ada perasaan yg terLuka & ada Jiwa yg MenahaN raSa..~
WayanG KiTa 2009
Waktu Malaysia
Sesungguhnya masa itu EMAS yang tidak boleh di jual beli
☺Follow Me☺
:: Sila la klik sambil menyumbang kpd mereka yg memerlukan ::
Dealing with wedding
-
PLANNING a wedding involves making lots of decisions, and depending on your
wedding date, the planning can be hectic. This is why you need all the help
you...
Review Harga Kamera Fujifilm X-Pro2 dan Spesifikasi
-
*DSLR2018* - Jarang sekali kita membahas brand kamera semacam Fujifilm yang
memang tidak terlalu banyak hadir variannya di pasaran. Namun meskipun
begitu m...
PART 4: OUR JUNIOR JOURNEY (RESULT TVS)
-
*APA ITU TVS?*
TVS atau nama medical *TRANSVAGINAL SCAN*. alat seperti tongkat dimasukkan
ke dalam faraj untuk menghantar gelombang bunyi dan mengumpulkan...
London School Of Theology
-
Politicians are interested in the london school of theology and the london
school of theology with blackness. Therefore, black theology as long as it
is ...
Sekian lama menyepi...
-
* السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
*alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik....lama sungguh tak
updated blog ni...tetiba terpk nk aktif semula...
OMG
-
the mind says do it
the heart approves
but the body rejects
when
needs, obligations and expectations
stumble upon rejections
it just explodes
and
it hurt...
Sorry mama lupa...
-
Dalam kalut bersiap nak pergi kerja lepas subuh tadi nengok si bombom
relax je lepas solat subuh di sofa sambil menyelak-yelak majalah lawak
kampusnya. Ha...
Hey guys... Long time no update from me huh ? :D
-
Oh my God ! is this for really ? like really - really really ? ith has been
so long since i've updated this blog . Nearly , thiskinda thing is not my
thin...