:: Layan NoveL ::

Entah kenapa malam ni mataku terasa segar tidak seperti malam2 lain.. Mungkin diriku terlalu banyak memikirkan segala hal yang ku tanggung selama ini.. tapi itu semua ku terima sebagai dugaan..
Dok layan perasaan tiba2 je aku teringat Novel yang baru ku beli minggu lepas.. cerita ni memang best sangat..itu kata bobot la..bila baca sinopsis cite ni.. Aku ni memang suka layan novel.. hati jiwang jugak walaupun diriku jantan tulin hehehehe.. malam ni tak tahu la cik bobot nak titon pukul berapa.. esok pagi ada program plak tu.. hentam saja la cik bobot.. huhuhuuu..
Sinopsis : TIADA YANG KEDUA
NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.

Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?




0 Responses
Related Posts with Thumbnails