:: JoM HeboH 2009 Bukit JaliL ::

~~ JoM HeboH 2009 telah pun melabuhkan tirainya di lokasi terakhir di Bukit Jalil dengan begitu meriah sekali dgn pelbagai hiburan serta gerai² jualan seperti Munchy's.. Ribena.. Tiger.. Mister Potato..Metro..Biotech Corp serta gerai² dari rangkaian TV3 dan gerai² yg menjual beg, kasut, baju dan makanan² yg cukup menarik utk dimakan.. Bobot tidak ketinggalan untuk pergi melihat kemeriahan di JoM HeboH dgn lebih dekat bersama famili pada mlm minggu.. tp byk plak gerai dah tutup.. Disebabkan tak puas hati utk merasai kemeriahan pd mlm pertama... bobot pergi pada hari ke2 (hari ahad) seawal jam 3 petang hingga ke akhir konsert walaupun hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang...namun semangat nak tgk konsert.. bobot tabahkan jugak dgn anak saudara bobot ekekekkk... teruknya diriku...hihihihiii..
Smiley Faces
.
Gambar ketika mlm pertama di Jom Heboh bersama famili...byk gerai² dah tutup tp sempat jugak la bobot & famili beli barang² yg sedap je bila mata ni tengok hehehehe... yg pasti beg² digerai yg ada di JoM HeBoH Bukit JaliL menjadi keutamaan mata bobot sbb cantekkk² bagat ekekekk...Smiley Faces

Hari ke2 bobot & anak saudara di JoM HebOh Bukit JaliL.. time ni puas sgt coz dapat jumpa & bergambar dengan artis ekekekee..
Smiley Faces


Ketika di gerai Biotech Corp ~~ ramainya orang² yg nak bergambar dengan Iqram Dinzly & Fouziah Gous..bobot pun turut beratur sbb nak bergambar dgn artis katanya hihihii..Smiley Faces

Anak saudara bobot ni pun teruja sgt nak bergambar dengan artis..poyozzz jee..hihihiii..Smiley Faces


Masa dok jalan² cuci mata.. sorang mamat ni (nama dia Agus dr sarawak) salah seorang pekerja MyTV3 ni..tegur bobot, apa lagi sesi layan promosi myTV3 dia tu laa..bobot pun dengan rela hati menjadi ahli MyTV3 hasil promosi si Agus ni..maka terbang laaa Rm21.00 bobot huhuhuhu...Smiley Faces


Saat yg ditunggu² akhirnya tiba hihihii..walaupun ketika itu keadaan kurang selesa sbb baru lepas hujan lebat.. pengunjung tetap ramai untuk menyaksikan konsert yg telah disediakan oleh TV3 & HotLinK.. antara artis² yg memeriahkan konsert pada mlm tu Fabulous Cat, Siti Nurhaliza, Misha Omar, Jaclyn Victor, Anang dan ramai lagi.. bobot paling suke sgt ketika aksi gelagat si Ally dengan Faizal di atas pentas yg suke kutuk antara satu sama lain ketika break iklan..mcm² Ally kena hinggakan dapat gelaran PETERPENDEK hehehee..cian Ally..pengunjung yg paling ramai ketika di konsert tu semuanya orang² dari SABAH...pelik sungguh bobot camne diaorang ni leh ada kat cni begitu ramai skali..hhmmm... apa² pun bobot ucapkan tahniah & terima kasih kpd TV3 kerana telah berjaya memeriahkan
JoM heBoH di Bukit Jalil..

♥♥♥♥

Pancaran cahaya bunga api yg cukup menarik di akhir
Konsert JoM HeBoH 2009
Smiley Faces♥♥TV3♥♥


:: Anugerah Skrin 2009 ::


~~ Tahniah kpd kak Erma Fartimah yg menang besar pd mlm Anugerah Skrin 2009..bobot bangga sgt dgn kak Erma dan kata² ucapan kak erma cukup best bagat ekekekke... tahniah juga kpd pemenang² lain...

Setelah beberapa lama tidak menonjol dalam mana-mana majlis hiburan, Erma Fatimah akhirnya menang besar di Anugerah Skrin 2009 (ASK09) yang baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi. Erma dinobatkan sebagai Pengarah Filem Terbaik melalui telemovie ‘Tersasar Di Jalanmu’ yang disiarkan di saluran RTM 1 di slot Panggung Seri.

Lima lagi kategori yang dimenangi oleh telemovie ini Drama Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Rosnah Mat Aris), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Norish Ismail), Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik.

Tahniah juga diucapkan kepada Dr. Hatta Azad Khan kerana dinobatkan sebagai Pengarah FilemTerbaik menerusi filem ‘Wayang’. Filem yang diterbitkan oleh Universiti Teknologi Mara itu juga dipilih sebagai Filem Terbaik menewaskan ‘Susuk’, ‘Kami The Movie’, ‘Budak Kelantan’ dan ‘Talentime’. Malah, dua pelakon lelaki filem ini turut menempa kejayaan apabila Eman Manan diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Zulhuzaimy sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Bagai dijangka, Liyana Jasmay sekali lagi mencipta sejarah manis, apabila dia diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik melalui filem ‘Kami The Movie’. Sebelum ini pelakon genit ini telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi filem ‘Papadom’.

Menyentuh kepada anugerah yang dipertandingkan dalam kategori penerbitan dalaman pula, kemenangan kali ini dilihat lebih seimbang. Jika sebelum ini ramai yang melihat kemenangan selalu berpihak kepada satu stesen TV, tetapi perkara sebaliknya berlaku pada ASK09 kali ini. Penerbitan daripada Astro juga berjaya membawa pulang dua anugerah iaitu Rancangan Bual Bicara Terbaik (‘AC Di Sini 3’) dan Rancangan Hiburan Terbaik (‘Kemuncak Sehati Berdansa 2’).

Anugerah Yasmin Ahmad yang baru diperkenalkan pada tahun ini diberikan kepada Jaclyn Victor.

Secara keseluruhan, ASK09 mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. 10 kategori untuk drama, tujuh kategori untuk filem dan enam kategori lagi untuk penerbitan dalaman. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009, selain pencalonan drama berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut genre masing-masing.
Majlis yang menampilkan Fara Fauzana dan Afdlin Shauki sebagai pengacara ini turut diserikan dengan persembahan daripada beberapa artis popular tanahair yang membawakan pelbagai genre lagu simbolik kepada konsep Hikayat Seribu Satu Malam.

Persembahan pembukaan daripada One Nation Emcees yang menyampaikan lagu “Seribu Satu Malam” cukup bertenaga dan menghiburkan. Begitu juga dengan persembahan daripada Jaclyn Victor, Black dan Lan. Gandingan ketiga-tiga penyanyi ini dilihat cukup unik dan berjaya mencuri perhatian penonton, sama ada di dalam dewan mahupun di rumah. Tidak ketinggalan persembahan penutup daripada diva nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza yang mengalunkan medley lagu popular beliau “Balqis”, “Nirmala” dan “Ku Percaya Ada Cinta”.
Senarai penuh pemenang ASK09:

DRAMA
1. Pengarah Terbaik: Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)
2. Drama Terbaik : Tersasar Di Jalanmu
3. Pelakon Lelaki Terbaik : Que Haidar (Terlerai Takbir Kasih)
4. Pelakon Wanita Terbaik: Rosnah Mat Aris (Tersasar Di Jalanmu)
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Ahmad Tarmimi Siregar ( Tak Serupa Tapi Sama)
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Norish Ismail (Tersasar Di Jalanmu)
7. Lakon TV Terbaik : Erma Fatima ( Tersasar Di Jalanmu)
8. Drama Rantaian Terbaik: Kekasihku Seru
9. Drama Komedi Terbaik: Datin Wan Abe
10. Anugerah Videografi Terbaik : Tersasar Di Jalanmu

FILEM
1. Filem Terbaik: Wayang
2. Pengarah Terbaik: Hatta Azad Khan (Wayang)
3. Pelakon Lelaki Terbaik: Eman Manan (Wayang)
4. Pelakon Wanita Terbaik: Liyana Jasmay (Kami The Movie)
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Zulhuzaimy (Wayang)
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Ida Nerina (Susuk)
7. Lakon Layar Terbaik: Fariza Azlina Isahak (Kami The Movie)

PENERBITAN DALAMAN
1. Dokumentari / Majalah Terbaik: Majalah 3 (Gaza)
2. Bual Bicara Terbaik: AC Di Sini 3
3. Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke -23
4. Rancangan Hiburan Terbaik: Kemuncak Sehati Berdansa 2
5. Rancangan Realiti Terbaik: Gadis Melayu Akhir
6. Laporan Khas Terbaik: Buletin Utama (Air Najis)

ANUGERAH KHAS JURI

Anugerah Yasmin Ahmad : Jaclyn Victor

:: Pertengkaran Lebih Eratkan Hubungan ::

KEHIDUPAN suami isteri ibarat gigi dan lidah. Justeru, kadangkala pertengkaran tidak dapat dielakkan walaupun membabitkan soal remeh-temeh.Bukan semua pertengkaran itu tidak baik kerana ia juga boleh mendatangkan kebaikan, mematangkan suami isteri malah kehidupan berumah tangga.Pertengkaran juga membolehkan pasangan meluahkan apa yang terbuku di hati daripada memendam rasa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Jangan bertengkar sekadar membalas dendam atau menegakkan benang basah.Pertengkaran adalah petanda awal dalam perkahwinan iaitu suami isteri cuba menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka.Apabila berkahwin, segalanya harus dikongsi. Kehidupan berkongsi itu termasuk minat, selera, cara hidup dan perasaan yang tentunya ada perbezaan serta perselisihan. Pertengkaran dapat menyatukan semula perbezaan itu.

Malah bagi mereka yang dapat mengatasi perselisihan, ia mungkin akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri. Jika berlaku pertengkaran, jangan terlalu mencari kelemahan pasangan dan jangan hanya mencari kemenangan. Sebaliknya, berusaha mencari jalan penyelesaian.

Renungkan perkara berikut yang mungkin boleh dijadikan iktibar:

Jika pertengkaran itu berkaitan sesuatu topik, jangan membabitkan hal lain kerana ia boleh memburukkan keadaan.

Jangan bertindak menggunakan fizikal atau menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman menggunakan nada suara yang rendah.

Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan selepas bertengkar.
- Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan terpaksa membawa diri, jangan membuat keputusan terburu-buru.
- Selain itu, jangan pula menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana ia akan menyebabkan berlaku pertengkaran yang lebih hebat.

Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.

Elak bercakap panjang. Dalam menjalin perhubungan yang matang, hormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila bertanya dengan panjang lebar mengenai kesalahannya, ia boleh mencetuskan rasa kurang selesa. Cari jalan penyelesaian supaya perkara itu tidak berulang.

Tiada dendam dalam percintaan. Apabila hati seseorang itu benar-benar disakiti, dia akan bertindak balas untuk menyakiti hati pasangannya. Alasannya, biar pasangannya rasa bersalah dan turut rasa apa yang dia rasakan selama ini.

Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kita benar-benar kurang profesional.

~~ Bobot suke sgt dgn artikel ni dan ingin dkongsi dgn rakan² blog.. artikel ini juga akan mbuatkan kite bfikir sendiri ttg diri kite... renung²kan yee... ♥♥ (^_^)

♥ CinTa Oh CinTa ♥

♥♥

Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa Sedihku Tiada Kamu
Apakah Ini Di Namakan
Cinta Oh
Menjadi Aku Yang Hina

Apakah kau Tak Sepertiku
Rasa Hari-Hari ku Tak Menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa Sungguh

Aku Rindu Sayang Kamu
Matamu Aku Cinta
Kepada Mu Sayang Kamu

Apakah Kau Rasa Sepertiku
Rasa Hari-hariku tak Menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa Sungguh

♥♥

:: Kebosanan ::



~~..best tak laGu ni???
tentu beSt kan..same cam prasaan yanG Bobot raSe skrg..
nape kite mesti memerLukan satu sama Lain??
dan mengapa mesti kite kecEwa untuk sesuaTu??
uhh..menGapa..menGapa dan menGapa..
tu je La kot untuk menGisi bloG ni.. Entahhhhh....
sekian.. Smiley Faces


Afgan widget by 6L &

:: Ketika CINTA BerTasBiH ::

[ketika-cinta-bertasbih.jpg]

~~ Hari ni bobot cuma kuar pegi solat Sunat AdilAdha & Solat Jumaat jee.. nak pegi tengok lembu sembelih tak sanggup lak nak tengok sbb bobot tak tahan tgk darah byk² ni..pitammmm ekekekekk.. so bobot dok umah je la layan intenet & upload lagu. Nak kuar beraya malas plak rasa sbb panas sgt..nasib baik ada kwn² dtg umah beraya hihihiii... ptg abg & kakak sampai umah bersama anak² buah bobot yg dah mcm askar ramainya...habis la bobot kena layan sbb semuanya suke kat bobot (paksunya) yg sorang ni ekekekek.. sambil² layan anak buah, bobot layan intenet nak tgk apa² yg menarik & tgk kwn² kat facebook..dok belek webm bobot tertarik dgn satu novel yg cukup menarik & pastinya ramai yg dah dpt kan novel ni.. kisah yg cukup menarik bila baca sinopsisnya.. hhmm.. bila la agaknya bobot nak beli yekk.. yg pasti bobot akan dapatkannya..♥♥

[ksb2.jpg]

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
di jiwa ini
Hampa…
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta…

:: Salam Aidil Adha ::


~~ Selamat Menyambut Hari Ngayo AidilAdha kepado smuo kenalan² & sahabat² yg mengenali diri bobot.. Mari la kito samo² memahami dan menghayati erti mengorbanan..semogo sinar keberkatan & kerahmatan berterusan dari Allah S.W.T buat kito semo seisi keluargo...
Related Posts with Thumbnails