:: Anugerah Skrin 2009 ::


~~ Tahniah kpd kak Erma Fartimah yg menang besar pd mlm Anugerah Skrin 2009..bobot bangga sgt dgn kak Erma dan kata² ucapan kak erma cukup best bagat ekekekke... tahniah juga kpd pemenang² lain...

Setelah beberapa lama tidak menonjol dalam mana-mana majlis hiburan, Erma Fatimah akhirnya menang besar di Anugerah Skrin 2009 (ASK09) yang baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi. Erma dinobatkan sebagai Pengarah Filem Terbaik melalui telemovie ‘Tersasar Di Jalanmu’ yang disiarkan di saluran RTM 1 di slot Panggung Seri.

Lima lagi kategori yang dimenangi oleh telemovie ini Drama Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Rosnah Mat Aris), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Norish Ismail), Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik.

Tahniah juga diucapkan kepada Dr. Hatta Azad Khan kerana dinobatkan sebagai Pengarah FilemTerbaik menerusi filem ‘Wayang’. Filem yang diterbitkan oleh Universiti Teknologi Mara itu juga dipilih sebagai Filem Terbaik menewaskan ‘Susuk’, ‘Kami The Movie’, ‘Budak Kelantan’ dan ‘Talentime’. Malah, dua pelakon lelaki filem ini turut menempa kejayaan apabila Eman Manan diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Zulhuzaimy sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Bagai dijangka, Liyana Jasmay sekali lagi mencipta sejarah manis, apabila dia diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik melalui filem ‘Kami The Movie’. Sebelum ini pelakon genit ini telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi filem ‘Papadom’.

Menyentuh kepada anugerah yang dipertandingkan dalam kategori penerbitan dalaman pula, kemenangan kali ini dilihat lebih seimbang. Jika sebelum ini ramai yang melihat kemenangan selalu berpihak kepada satu stesen TV, tetapi perkara sebaliknya berlaku pada ASK09 kali ini. Penerbitan daripada Astro juga berjaya membawa pulang dua anugerah iaitu Rancangan Bual Bicara Terbaik (‘AC Di Sini 3’) dan Rancangan Hiburan Terbaik (‘Kemuncak Sehati Berdansa 2’).

Anugerah Yasmin Ahmad yang baru diperkenalkan pada tahun ini diberikan kepada Jaclyn Victor.

Secara keseluruhan, ASK09 mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. 10 kategori untuk drama, tujuh kategori untuk filem dan enam kategori lagi untuk penerbitan dalaman. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009, selain pencalonan drama berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut genre masing-masing.
Majlis yang menampilkan Fara Fauzana dan Afdlin Shauki sebagai pengacara ini turut diserikan dengan persembahan daripada beberapa artis popular tanahair yang membawakan pelbagai genre lagu simbolik kepada konsep Hikayat Seribu Satu Malam.

Persembahan pembukaan daripada One Nation Emcees yang menyampaikan lagu “Seribu Satu Malam” cukup bertenaga dan menghiburkan. Begitu juga dengan persembahan daripada Jaclyn Victor, Black dan Lan. Gandingan ketiga-tiga penyanyi ini dilihat cukup unik dan berjaya mencuri perhatian penonton, sama ada di dalam dewan mahupun di rumah. Tidak ketinggalan persembahan penutup daripada diva nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza yang mengalunkan medley lagu popular beliau “Balqis”, “Nirmala” dan “Ku Percaya Ada Cinta”.
Senarai penuh pemenang ASK09:

DRAMA
1. Pengarah Terbaik: Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)
2. Drama Terbaik : Tersasar Di Jalanmu
3. Pelakon Lelaki Terbaik : Que Haidar (Terlerai Takbir Kasih)
4. Pelakon Wanita Terbaik: Rosnah Mat Aris (Tersasar Di Jalanmu)
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Ahmad Tarmimi Siregar ( Tak Serupa Tapi Sama)
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Norish Ismail (Tersasar Di Jalanmu)
7. Lakon TV Terbaik : Erma Fatima ( Tersasar Di Jalanmu)
8. Drama Rantaian Terbaik: Kekasihku Seru
9. Drama Komedi Terbaik: Datin Wan Abe
10. Anugerah Videografi Terbaik : Tersasar Di Jalanmu

FILEM
1. Filem Terbaik: Wayang
2. Pengarah Terbaik: Hatta Azad Khan (Wayang)
3. Pelakon Lelaki Terbaik: Eman Manan (Wayang)
4. Pelakon Wanita Terbaik: Liyana Jasmay (Kami The Movie)
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Zulhuzaimy (Wayang)
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Ida Nerina (Susuk)
7. Lakon Layar Terbaik: Fariza Azlina Isahak (Kami The Movie)

PENERBITAN DALAMAN
1. Dokumentari / Majalah Terbaik: Majalah 3 (Gaza)
2. Bual Bicara Terbaik: AC Di Sini 3
3. Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke -23
4. Rancangan Hiburan Terbaik: Kemuncak Sehati Berdansa 2
5. Rancangan Realiti Terbaik: Gadis Melayu Akhir
6. Laporan Khas Terbaik: Buletin Utama (Air Najis)

ANUGERAH KHAS JURI

Anugerah Yasmin Ahmad : Jaclyn Victor
0 Responses
Related Posts with Thumbnails