Dalam hal ini, ada sesuatu yg harus dipelajari oleh kedua2 pihak untuk mencapai persafahaman. Panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk lebih memahami pasangan..
CEREWET
Wanita cerewet memilih gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan dihati. Sedangkan lelaki anggap soal makan agak mudah, boleh makan di mana2 sahaja..
PERHATIAN
Wanita suka diberi perhatian dan adakalanya manja tidak bertempat. Sikap ini menyebabkan mereka "syok sendiri" dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka mungkin merajuk.
PENTING DIRI
Ada wanita terlalu perasan dan mudah menjerat perasaan mereka kerana sering mengharapkan lelaki memahami sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
BELI-BELAH
Ada wanita suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, menyebabkan lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yg suka menghabiskan masa untuk tujuan itu.
MENGUMPAT
Ada wanita terlalu byk cakap mengenai orang lain dan akhirnya mengutuk. Jika dilayan kata2 mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
TIDAK TUNJUK
Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
BERDIAM DIRI
Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising tetapi tidak bermakna mereka tidak prihatin kpd anak2 & isteri.
BEBAS
Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal. Jika isteri atau teman wanita mengongkong lelaki, dia akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kpd apa jua permintaan wanita.
PENTING DIRI
Adakalanya isteri dan wanita kurang bijak menunjukkan kasih sayang kpd suami atau teman lelaki tetapi hanya mengharapkan suami atau teman lelaki memberi kasih sayang..
BERDIKARI
Jangan terlalu bergantung kpd suami dan teman lelaki pada perkara yg mampu anda lakukan. Ada wanita yg terlalu bergantung kpd suami dengan tujuan suami sentiasa berada di sisi mereka. Ini mungkin tidak digemari suami atau teman lelaki..
UBAH PERANGAI
Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka serta mengubah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga merajuk hehe, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia elakkan perbuatan ini kerana ia tidak memberi faedah..
BANYAK SOALAN
Sesetengah wanita suka bertanya pelbagai soalan kpd suami atau teman lelaki tetapi tidak suka kpd jawapan yg diberikan mereka. Ini membuatkan suami atau teman lelaki bosan melayan soalan wanita..
RENDAH DIRI
Wanita tidak perlu menunjuk2 kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka. Kelebihan itu mungkin memperbodohkan lelaki sehingga mereka tidak berminat melayan kerenah wanita sedemikian.
SENSITIF
Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki byk memikirkan perkara penting..
TERIMA HAKIKAT
Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati. Wanita harus terima hakikat itu..
compassion smiley full of love, hugs and kisses
Suatu bulan yang dijanjikan oleh Nabi SAW bahawa Allah akan menurunkan rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api neraka jahannam. Oleh itu, alangkah beruntungnya bagi para hambanya yang dapat menggunakan kesempatan ini untuk meraih tawaran dan ganjaran hebat daripada Allah SWT untuk para hambanya yang benar-benar bersungguh mendapatkan ganjaran tersebut. Sementara celakalah bagi manusia yang mempersiakan Ramadhan dengan tidak melakukan amalan-amalan yang boleh meraih keampunan dan keredhaan dari Allah SWT.

Itulah ungkapan yang sesuai digunakan sempena kehadiran Ramadhan dan sambutan Hari Kemerdekaan yang datang serentak pada tahun ini. Kemerdekaan hakiki yang dituntut oleh Allah SWT iaitu merdeka di dunia & akhirat.
Merdeka bukan sekadar bebas dari kuasa penjajah yang menakluk dan menguasai tanah tumpah darah kita.. Merdeka juga bukan sekadar mendapat kuasa pemerintahan dari negara penjajah... Tetapi hakikat merdeka amatlah luas.. bukan terbatas dalam dimensi kebebasan dunia bahkan hingga melangkau kepada kebebasan di akhirat...
Dalam beberapa hari lagi, kita umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadan dengan berpuasa, bulan yang penuh barakah. Di mana permulaannya rahmat, manakala pertengahannya pengampunannya dan akhirnya merdeka daripada api neraka. Bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk untuk semua manusia. Bulan yang dibuka Allah SWT pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat semua syaitan. Bulan kemenangan Islam dalam peperangan Badar dan penaklukan Kota Makkah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Allah berfirman, Setiap amalan anak Adam adalah untuk-Nya melainkan puasa, sesungguhnya ia untukKu dan Akulah yang akan memberi ganjarannya, puasa itu adalah perisai. Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar. Jika seseorang mencacimu katakanlah kepadanya: "Saya berpuasa, saya berpuasa. Demi tuhan yang diri Muhammad di tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan yang akan diraikannya, ia gembira ketika berbuka dan apabila bertemu Tuhannya ia bergembira dengan berpuasanya" . (Riwayat Al-Bahari).
Pastikan diri kita tidak meninggalkan kewajipan puasa Ramadan sebaliknya orang yang meninggalkan kewajipan puasa Ramadan tanpa sebab dan alasan, ingatlah pesanan Rasulullah SAW, "Rugilah seseorang yang datang kepadanya Ramadan, dia membiarkannya berlalu begitu saja sebelum dosanya diampunkan". ( Hadis Riwayat At-Tarmizi)
“Mudah-mudahan dengan izin-Nya, Ramadhan kali ini adalah yang terbaik bagi kita semua, sekaligus membawa keampunan dan rahmat Allah swt”
Lelong!! Lelong.>>!!! 58!! 58!! mari ..sape mau saya..huhuhuhu..
Sebahagian menu yang bobot dan rakan2 pilih.. habis semua dibedal.. hehee..
Rakan2 Committee yang kuat bekerja subuh hingga ke malam .. Group Ustaz beb hehehe... (^_^) Abgda Azhar, Ustaz Nazri, Br.Iskandar(skrg dah jd bos besar) Tahniahhh!!! last sekali Ustaz Sharif..insan yg suka tersenyum jee..hehehe..
Aksi KAnToiiii..hehehe.. Ciannya dia, kenyang sangat makan sea food kat Jeti Umbai..
Entah kenapa malam ni mataku terasa segar tidak seperti malam2 lain.. Mungkin diriku terlalu banyak memikirkan segala hal yang ku tanggung selama ini.. tapi itu semua ku terima sebagai dugaan.. Sinopsis : TIADA YANG KEDUA
NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.
Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.
Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?













.png)




