" Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat..Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..Hanya yang melalui akan merasai..Hanya yang memahami akan mengerti.."
Selalunya malam minggu bobot akan keluar pusing² KL.. tapi mlm ni entah kenapa bobot takde mood sgt hingga ke pagi ni..jam dinding dah menunjuk pukul 2.38am.. bobot still layan mukabuku sambil dengar lagu di DesaFM bersama DJ LadyJulyiet.. nak tido mata tak ngantuk lagi.. entah kenapa bobot asyik dok fikirkan pasal CINTA jeer... mungkin bobot single kot heheheh.. (ape yg bobot merapu ni..) ini mesti kes terlebih baca novel kot huhuhuu...
♥.. :: :: ..♥
Cinta... satu perkataan yg indah bagi mereka yg sedang merasai alam percintaan.. ia mudah datang dan mudah pergi begitu saja… datang tanpa diminta dan pergi tanpa diduga oleh orang yang merasai cinta… cinta begitu hebat hingga membuatkan seseorang itu sanggup kehilangan diri sendiri mahupun orang lain.. cinta juga mampu membunuh orang yang merampas cintanya…
Ada apa dengan CINTA??? Apa itu CINTA??? Cinta ada KUASA?? yaaa!!! KUASA yang mampu membuatkan kita lebih disayangi oleh insan lain…ia tidak tertakluk pada kekasih kita sahaja malah kepada semua yang berada disekeliling alam kita… kita dilahirkan dengan satu perasaan yang berlainan pada setiap orang… ada yang menganggap CINTA ini tidak perlu ada dalam diri seseorang itu.. tapi kita silap cinta kepada ALLAH sudah lama berada dalam diri kita sejak kita dilahirkan…kenalilah apa itu CINTA kepada ALLAH dgn secara jujur dan ikhlas barulah kita tahu apa itu CINTA SEJATI… kerana cinta kepada ALLAH adalah cinta yang paling SUCI, JUJUR dan IKHLAS yang lahir dari hati kita sendiri…. Fahami dan selamilah sebelum kita berbicara tentang “” sebenar...
Assalamualaikum sumer sahabat² bobot.. entry kali ni bobot nak kongsi tips² elak kecurangan. Pasti ramai diantara kita setuju..kecurangan boleh menjadi penyebab terbesar virus yg paling ditakuti, mampu menghancurkan sesebuah perhubungan..tetapi kecurangan tidak boleh terjadi begitu sahaja...sebaliknya ia berpunca dari sebelah pihak atau pun kedua²nya.. Tidak ada sesiapa pun diantara kita ingin menamatkan perhubungan tanpa hal munasabah atau alasan yg kukuh tanpa memberikan peluang ke2 atau seterusnya apabila mendapati pasangannya telah berlaku curang kerana keyakinan dan kepercayaan telah tergugat olehnya....
hhmmm... jika kita dan si dia begitu menghargai dan menyayangi perhubungan yg telah dibina..ambillah langkah yg sewajarnya bg memastikan hubungan tidak tergugat oleh kecurangan atau elemen² negatif lain dan yg pastinya tiada siapa diantara kita yg ingin memulakan perhubungan yg bakal disusuli dgn perpisahan...
Jom kita cuba praktikkan tips² perhubungan yg terjalin tidak disulami dgn kecurangan sekali gus membawa kehancuran...
♥♥ Cuba kita bina tembok bagi melindungi hubungan kita daripada orang² yg mampu merosakkan hubungan..cakap² orang adakalanya mampu menghancurkan perhubungan terutamanya orang² yg sememangnya dengki dgn kebahagiaan kita.
♥♥ Cuba elak dari melibatkan hal² peribadi kita dan pasangan dgn orang lain (melainkan keluarga dan kwn² yg boleh kita percayai)
♥♥ Sering berbincang bersama pasangan kita secara terbuka dan amalkan sikap give & take..(jika ada kesulitan diantara kita dan pasangan yg tidak mampu untuk diselesaikan..cuba la cari pihak ketiga yg boleh dipercayai dan mampu menjadi konsultan untuk kita minta pandangan)
♥♥ Elakkan dari bercerita tentang masalah peribadi kita dan pasangan dgn orang lain yg tidak mempunyai urusan terhadap hubungan kita.
♥♥ Cuba cari alternatif terbaik untuk meredakan hubungan yg sedang tegang dan jgn pula ditambahkan lagi rasa amarah yg sedang melanda..
♥♥ Jika kita memiliki teman ketika ditalian (teman yg dikenali semasa di chat room intenet) cuba hadkan hubungan itu dan jgn terlalu bersikap terbuka sbb ia akan menimbulkan rasa suka atau jatuh hati..perkara² ini boleh menimbulkan perasaan cemburu dan negatif pasangan kita..
♥♥ Pastikan kita dan pasangan memiliki foto berdua untuk disimpan dalam dompet, diletakkan diatas meja atau screen handphone supaya ia memberi PERINGATAN bahawasanya kita sudah dimiliki hehehee....
♥♥ Jika kita dan pasangan terpisah dek jarak..pastikan komunikasi kita tetap berjalan baik. Sekarang ni dah ada pelbagai kemudahan komunikasi yg boleh digunakan..jadi tidak ada alasan untuk menjalinkan cinta jarak jauh asalkan dihati sentiasa dekat dan erat selalu..
♥♥ Ajak pasangan kita menghadiri majlis² keramaian dan cuba elakkan dari pergi berseorangan kerana kemungkinan kita akan bertemu dengan orang yg berpontensi menjadi pasangan kecurangan kita..
♥♥ Cuba buat diari catatan mengenai hal² yg berkaitan dgn pasangan kita...ia pasti memberikan saat² manis dan pasti mematikan niat kita untuk berlaku curang terhadapnya bila kita kerap kali membaca catatan yg telah kita tuliskan..
♥♥ Jika kita tertarik atau tergoda dgn orang lain..cuba elakkan dan bayangkan keadaan orang tersebut dalam 5 tahun akan datang..tidak semestinya orang itu akan nampak menarik seperti sekarang dan cuba katakan dalam hati, pasangan kita adalah yg terbaik buat kita..
♥♥ Jika kita bertemu dengan persaing yg mungkin berniat ingin merampas kebahagiaan kita..pastikan kita melakukan perkara² yg menyenangkan dalam usaha menambat kembali hati dan perhatian sehinggakan pasangan kita tidak menyedari kewujudan persaing kita..
♥♥ perkara paling PENTING yg perlu kita berdua saling ingat ialah KOMUNIKASIYG BAIK, CINTA, KEPERCAYAAN, TERBUKA, RASA SALING MENGHORMATI dan MENGHARGAI SATU SAMA LAIN serta KESETIAAN adalah KUNCI menuju hubungan yg HARMONIS dan BAHAGIA...
Dalam urusan percintaan.. ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, bangkit perasaan berbunga² ketika sedang jatuh cinta sehingga ada di antara kita mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati... Namun dari segi sasarannya ia jelas berbeza....
Pada peringkat usia 30-an merupakan saat di mana kita mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya kita seringkali bertemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya kita menjalinkan hubungan dengannya... pada saat itu juga kita akan berfikir "Kenapa begitu susah untuk bertemu dengan seseorang seperti yang di idam²kan selama ini"...
Selain itu kita akan memikirkan impaknya apabila kita mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak sepadan dengan kita seperti yang di idamkankan selama ini. Akhirnya masalah besar akan timbul...
p/s : apa pandangan korang tentang isu ini... jom komen untuk kita kongsi bersama..
Waahhhh!!!. byk betul contest awal tahun ni .. seronok plak layan contest. Ini contest yg ke 3 bobot cuba sertai, manalah tahu kot² ada rezeki....Aminnnnn...huhuuu.. contest ni cuma kena wat dialog LUCU.. saje je bobot cuba mana la tahu kot² dialog bobot bleh buat sumer kawan² di blog tersenyum... nak masuk RAJA LAWAK muke tak cukup lawak huhuuu..
Contest ni dianjurkan oleh KAK PAH "Aulad Jannah". Contest ini juga bertujuan untuk mencari kenalan baru di blog. Hadiahnya berupa wang ringgit.. lumayan ooOOooo..
Hadiah UTAMA Rm100.00 & 2 Hadiah Saguhati Rm25.00 Tarikh tutup contest ni pada 31/01/2010.. Jom ramai² kita sertai & memeriahkan contest ini...tengok dialog sape paling lucu heheheheee...
Syarat² contest ni bole tengok di blog KAK PAH.. klik >>SINI<<
☻-->> 1: Eehhh..apsal principal tu tersengih sorang² tgk kite yekk..??
☻-->> 2: Haa..aahhh laa.. apsal yekk?? muke dah cam spageti jee sengih sorang².. ☻-->>3: Tentu principal tu senyum² kambing tgk muke aku yg kiut bile wat muke camni.. bangganye walaupun diriku pendek..hehehe..
GôôD LucK..!!! kpd kawan² yg menyertai contest KAK PAH..
Blogger We Care T-shirt: RM 25 termasuk kos penghantaran
T-Shirt ini telah direka khas oleh hydir.com dan bikintshirt.com bagi menjayakan kempen “Blogger We Care” yang diadakan khas untukEn. Megat. T-Shirt ini hanya akan di cetak selepas tempahan mencapai 50 helai dan ke atas. Jangan tangguh-tangguh!
Setiap pembeli akan menerima t-shirt tersebut selewat-lewatnya 2 minggu selepas tarikh mula dicetak. Untuk keterangan lanjut sila klik >>SINI<<
p/s : I care, You care, We Care
p/s/s : Setiap baju yang terjual akan menyumbang RM 2 kepada En. Megat. Mari kita membeli sambil beramal
"Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010."
Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama
Salam buat kawan² sumer.. ni adalah contest yg ke 2 bobot cuba sertai (rasa² bole menang tak?? huhuuu) .. tarikh tamat contest ini pada 31/01/10 pukul 11.59pm.. JOm ramai² kita sertai & memeriahkan contest ini sebelum terlambat.. Jangan lupa letak bobot sebagai referre.. buat ayat seperti dibawah ni ::--
" Saya tahu contest ni dari blog zbobot" beserta dengan link blog bobot yeerrr...
~ Salam buat sumer rakan².. lama sungguh bobot tak update blog sbb nak menang contest yg diajurkan oleh azizwan..(bole keerr bobot & kakngah menang???) huhuhuuu...tungguuuu..
Minggu lepas habis keje bobot singgah jalan² di Complex Pertama... sajer nak habiskan masa sementara tunggu kawan² datang.. Ketika dalam complex tu bobot tak tahu plak nak ke mana.. nak tgk handphone malas, nak tgk pakaian..bajet tgh bulan paham² jeerr laa kann.. masa jalan² bobot singgah kedai majalah, kononnya sajer nak tgk² novel terbaru Alaf21...tup-tup akak jurujual tu rekemen kat bobot novel terbaru dari BUKUPrima..ada 2 novel terbaru "ANDAI ITU TAKDIRNYA" & "CINTA KAU DAH AKU"... cam biasa bobot baca la dulu sinopsis ceritanya .. menarik, tp disebbkan bobot tak penah baca novel dari BukuPrima ni.. bobot pun tanya la akak jurujual tu kisah² novel ni.. lepas jeer akak tu cite, terus bobot buat pilihan beli Novel Andai Itu TakdirNya...seb baik ada bajet sikit hehehe.. kalu nak tahu sbb apa bobot pilih novel ni.. jom baca sinopsis novel tu...
Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syed Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia dibuang keluarga. Pasrahkah dia?
"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.
"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdik-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."
Assalamualaikum.. zBobot cuma nick id aku,rasa mcm comel je nama tu hehehe.. nama sbenar Zan(nama pendek) Kawan2 kate aku ni jenis yg simple, suke menceriakan kwn2 dan senang berkwn ngan semua org...
Proving his mettle
-
By AZHARIAH KAMINNubhan has made much progress in his singing career since
his Akademi Fantasia days.AFFABLE, polite, engaging and warm – that’s how
one wo...
~ Siapa sangka..getaran cinta hadir tanpa diduga..pendirian roboh tanpa rela..Dalam keasyikan menyulam kebahagiaan..tersedar dari lena yg panjang. Mimpi2 indah rupanya satu persenda..Demi Kasih..rela menjadi satu pengemis CinTa yg punya HarGa Diri & MaruaH.. CinTa yg tak pasti di mana destinasi akhirnya dan kerana itu ada HaTi yg tercaLar..ada perasaan yg terLuka & ada Jiwa yg MenahaN raSa..~
WayanG KiTa 2009
Waktu Malaysia
Sesungguhnya masa itu EMAS yang tidak boleh di jual beli
☺Follow Me☺
:: Sila la klik sambil menyumbang kpd mereka yg memerlukan ::
Dealing with wedding
-
PLANNING a wedding involves making lots of decisions, and depending on your
wedding date, the planning can be hectic. This is why you need all the help
you...
Review Harga Kamera Fujifilm X-Pro2 dan Spesifikasi
-
*DSLR2018* - Jarang sekali kita membahas brand kamera semacam Fujifilm yang
memang tidak terlalu banyak hadir variannya di pasaran. Namun meskipun
begitu m...
PART 4: OUR JUNIOR JOURNEY (RESULT TVS)
-
*APA ITU TVS?*
TVS atau nama medical *TRANSVAGINAL SCAN*. alat seperti tongkat dimasukkan
ke dalam faraj untuk menghantar gelombang bunyi dan mengumpulkan...
London School Of Theology
-
Politicians are interested in the london school of theology and the london
school of theology with blackness. Therefore, black theology as long as it
is ...
Sekian lama menyepi...
-
* السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
*alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik....lama sungguh tak
updated blog ni...tetiba terpk nk aktif semula...
OMG
-
the mind says do it
the heart approves
but the body rejects
when
needs, obligations and expectations
stumble upon rejections
it just explodes
and
it hurt...
Sorry mama lupa...
-
Dalam kalut bersiap nak pergi kerja lepas subuh tadi nengok si bombom
relax je lepas solat subuh di sofa sambil menyelak-yelak majalah lawak
kampusnya. Ha...
Hey guys... Long time no update from me huh ? :D
-
Oh my God ! is this for really ? like really - really really ? ith has been
so long since i've updated this blog . Nearly , thiskinda thing is not my
thin...