CINTA.. adakah cinta harus berkorban seluruh jiwa dan raga..?? Adakah CINTA harus dicurahkan 100%... adakah benar kedua² kenyataan ini?? Adakah kita setuju dengannya??? Ingat..kita tidak boleh bersetuju dgn kenyataan td sepenuhnya kerana
Cinta juga merupakan sesuatu yg penting dalam kehidupan kita... ada turun naiknya seperti roda yg berputar..ada yg surut seperti lautan yg sentiasa ditemani alunan ombak.. Sifat pro & kontra yg ada dalam diri kita dan sidia yg akan membuatkan cinta itu sentiasa mempunyai ujian dan keindahan yg tersendiri. Setiap ujian yg datang pada kita sebenarnya penanda adakah kita benar² komited terhadap cinta yg terjalin...jika kita benar² meletakkan diri dalam percintaan, maka pasti kita akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan cinta yg kita bina agar tidak terburai di tengah jalan..tetapi kita harus berfikir, adakah apa yg kita buat benar² bebaloi untuk kita lakukan?? ( keputusannya di tangan kita sendiri..renung²kan hehehehee..)
Jika kita penah melalui detik² yg menimbulkan rasa tidak puas hati, panas hati atau terasa hati dgn ucapan kata² atau pun terasa dgn kelakuannya.. itu memang perkara normal... Jalan terbaik yg harus kita lakukan ialah tidak meletakkan 100% keterujaan kita terhadap cinta... biar pun kita begitu kasih, cinta dan terlalu sayang padanya, simpanlah sekurang²nya 30% dari cinta yg diberi untuk diri kita..ini kerana ia akan dijadikan sandaran atau pengubat hati lara apabila kita mengalami ...dengan baki 30% itu lah yg akan membuatkan kita mampu bangkit dari cinta dan meneruskan kehidupan tanpa perlu memikirkan apa yg telah terjadi..Cinta yg lalu kita simpanlah dalam arkid diari hidup kita..jadikan ia sebagai pengalaman agar tiada perkara yg menyakitkan hati & perasaan kita berulang lagi...
Jangan biarkan CINTA menguasai keseluruhan hati kita kerana kita perlu membahagiakannya dengan perkara² lain juga..ini bermakna kita tidak patut menyerahkan 100% cinta buat dirinya..manalah tahu sekiranya dia bukanlah pasangan kita sepanjangan hayat seperti mana yg telah tercatat dalam takdir hidup kita..
p/s : Bobot harap coretan ini dapat kita kongsi bersama demi mencari kebahagiaan diri kita sendiri...
Post a Comment