::Hari Kemerdekaan ke-52 & Bulan Ramadhan Al-MubaraK::



Istimewanya Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2009 kali ini hadir bersama Bulan penuh kemuliaan bagi umat Nabi Muhammad SAW iaitu bulan Ramadhan.
Suatu bulan yang dijanjikan oleh Nabi SAW bahawa Allah akan menurunkan rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api neraka jahannam. Oleh itu, alangkah beruntungnya bagi para hambanya yang dapat menggunakan kesempatan ini untuk meraih tawaran dan ganjaran hebat daripada Allah SWT untuk para hambanya yang benar-benar bersungguh mendapatkan ganjaran tersebut. Sementara celakalah bagi manusia yang mempersiakan Ramadhan dengan tidak melakukan amalan-amalan yang boleh meraih keampunan dan keredhaan dari Allah SWT.




'Merdeka Dunia, Merdeka Akhirat'

Itulah ungkapan yang sesuai digunakan sempena kehadiran Ramadhan dan sambutan Hari Kemerdekaan yang datang serentak pada tahun ini. Kemerdekaan hakiki yang dituntut oleh Allah SWT iaitu merdeka di dunia & akhirat.
Merdeka bukan sekadar bebas dari kuasa penjajah yang menakluk dan menguasai tanah tumpah darah kita.. Merdeka juga bukan sekadar mendapat kuasa pemerintahan dari negara penjajah... Tetapi hakikat merdeka amatlah luas.. bukan terbatas dalam dimensi kebebasan dunia bahkan hingga melangkau kepada kebebasan di akhirat...
0 Responses
Related Posts with Thumbnails