:: Fahami Sifat Pasangan ::

Agak sukar sebenarnya untuk kita memahami perasaan pasangan2 kita sama ada mereka gembira atau tidak dengan apa yg dilakukan..Misalnya hubungan dengan suami atau teman lelaki ada ketikanya melalui fasa agak sukar kerana berlaku salah faham, kurang prihatin atau silap tanggapan terhadap sesuatu perkara..Wanita kadang2 kurang memahami suami atau teman lelaki meraka.. Suami atau teman lelaki pula kadangkala tidak faham naluri dan kehendak wanita..

Dalam hal ini, ada sesuatu yg harus dipelajari oleh kedua2 pihak untuk mencapai persafahaman. Panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk lebih memahami pasangan..

CEREWET
Wanita cerewet memilih gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan dihati. Sedangkan lelaki anggap soal makan agak mudah, boleh makan di mana2 sahaja..

PERHATIAN
Wanita suka diberi perhatian dan adakalanya manja tidak bertempat. Sikap ini menyebabkan mereka "syok sendiri" dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka mungkin merajuk.

PENTING DIRI
Ada wanita terlalu perasan dan mudah menjerat perasaan mereka kerana sering mengharapkan lelaki memahami sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

BELI-BELAH
Ada wanita suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, menyebabkan lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yg suka menghabiskan masa untuk tujuan itu.

MENGUMPAT
Ada wanita terlalu byk cakap mengenai orang lain dan akhirnya mengutuk. Jika dilayan kata2 mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

TIDAK TUNJUK
Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

BERDIAM DIRI
Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising tetapi tidak bermakna mereka tidak prihatin kpd anak2 & isteri.

BEBAS
Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal. Jika isteri atau teman wanita mengongkong lelaki, dia akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kpd apa jua permintaan wanita.

PENTING DIRI
Adakalanya isteri dan wanita kurang bijak menunjukkan kasih sayang kpd suami atau teman lelaki tetapi hanya mengharapkan suami atau teman lelaki memberi kasih sayang..

BERDIKARI
Jangan terlalu bergantung kpd suami dan teman lelaki pada perkara yg mampu anda lakukan. Ada wanita yg terlalu bergantung kpd suami dengan tujuan suami sentiasa berada di sisi mereka. Ini mungkin tidak digemari suami atau teman lelaki..

UBAH PERANGAI
Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka serta mengubah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga merajuk hehe, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia elakkan perbuatan ini kerana ia tidak memberi faedah..

BANYAK SOALAN
Sesetengah wanita suka bertanya pelbagai soalan kpd suami atau teman lelaki tetapi tidak suka kpd jawapan yg diberikan mereka. Ini membuatkan suami atau teman lelaki bosan melayan soalan wanita..

RENDAH DIRI
Wanita tidak perlu menunjuk2 kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka. Kelebihan itu mungkin memperbodohkan lelaki sehingga mereka tidak berminat melayan kerenah wanita sedemikian.

SENSITIF
Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki byk memikirkan perkara penting..

TERIMA HAKIKAT
Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati. Wanita harus terima hakikat itu..







compassion smiley full of love, hugs and kisses
1 Response
  1. IEYNA Says:

    perlu memahami sifat pasangan utk kebahagian sesebuah perhubungan... :)


Related Posts with Thumbnails