:: Tips Elak Kecurangan ::



Assalamualaikum sumer sahabat² bobot.. entry kali ni bobot nak kongsi tips² elak kecurangan. Pasti ramai diantara kita setuju..kecurangan boleh menjadi penyebab terbesar virus yg paling ditakuti, mampu menghancurkan sesebuah perhubungan..tetapi kecurangan tidak boleh terjadi begitu sahaja...sebaliknya ia berpunca dari sebelah pihak atau pun kedua²nya.. Tidak ada sesiapa pun diantara kita ingin menamatkan perhubungan tanpa hal munasabah atau alasan yg kukuh tanpa memberikan peluang ke2 atau seterusnya apabila mendapati pasangannya telah berlaku curang kerana keyakinan dan kepercayaan telah tergugat olehnya....

hhmmm... jika kita dan si dia begitu menghargai dan menyayangi perhubungan yg telah dibina..ambillah langkah yg sewajarnya bg memastikan hubungan tidak tergugat oleh kecurangan atau elemen² negatif lain dan yg pastinya tiada siapa diantara kita yg ingin memulakan perhubungan yg bakal disusuli dgn perpisahan...

Jom kita cuba praktikkan tips² perhubungan yg terjalin tidak disulami dgn kecurangan sekali gus membawa kehancuran...
Free Smilies courtesy of www.GreenSmilies.com

♥♥ Cuba kita bina tembok bagi melindungi hubungan kita daripada orang² yg mampu merosakkan hubungan..cakap² orang adakalanya mampu menghancurkan perhubungan terutamanya orang² yg sememangnya dengki dgn kebahagiaan kita.

♥♥ Cuba elak dari melibatkan hal² peribadi kita dan pasangan dgn orang lain (melainkan keluarga dan kwn² yg boleh kita percayai)

♥♥ Sering berbincang bersama pasangan kita secara terbuka dan amalkan sikap give & take..(jika ada kesulitan diantara kita dan pasangan yg tidak mampu untuk diselesaikan..cuba la cari pihak ketiga yg boleh dipercayai dan mampu menjadi konsultan untuk kita minta pandangan)

♥♥ Elakkan dari bercerita tentang masalah peribadi kita dan pasangan dgn orang lain yg tidak mempunyai urusan terhadap hubungan kita.

♥♥ Cuba cari alternatif terbaik untuk meredakan hubungan yg sedang tegang dan jgn pula ditambahkan lagi rasa amarah yg sedang melanda..

♥♥ Jika kita memiliki teman ketika ditalian (teman yg dikenali semasa di chat room intenet) cuba hadkan hubungan itu dan jgn terlalu bersikap terbuka sbb ia akan menimbulkan rasa suka atau jatuh hati..perkara² ini boleh menimbulkan perasaan cemburu dan negatif pasangan kita..

♥♥ Pastikan kita dan pasangan memiliki foto berdua untuk disimpan dalam dompet, diletakkan diatas meja atau screen handphone supaya ia memberi PERINGATAN bahawasanya kita sudah dimiliki hehehee....Smiley

♥♥ Jika kita dan pasangan terpisah dek jarak..pastikan komunikasi kita tetap berjalan baik. Sekarang ni dah ada pelbagai kemudahan komunikasi yg boleh digunakan..jadi tidak ada alasan untuk menjalinkan cinta jarak jauh asalkan dihati sentiasa dekat dan erat selalu..

♥♥ Ajak pasangan kita menghadiri majlis² keramaian dan cuba elakkan dari pergi berseorangan kerana kemungkinan kita akan bertemu dengan orang yg berpontensi menjadi pasangan kecurangan kita..

♥♥ Cuba buat diari catatan mengenai hal² yg berkaitan dgn pasangan kita...ia pasti memberikan saat² manis dan pasti mematikan niat kita untuk berlaku curang terhadapnya bila kita kerap kali membaca catatan yg telah kita tuliskan..

♥♥ Jika kita tertarik atau tergoda dgn orang lain..cuba elakkan dan bayangkan keadaan orang tersebut dalam 5 tahun akan datang..tidak semestinya orang itu akan nampak menarik seperti sekarang dan cuba katakan dalam hati, pasangan kita adalah yg terbaik buat kita..

♥♥ Jika kita bertemu dengan persaing yg mungkin berniat ingin merampas kebahagiaan kita..pastikan kita melakukan perkara² yg menyenangkan dalam usaha menambat kembali hati dan perhatian sehinggakan pasangan kita tidak menyedari kewujudan persaing kita..

0 Responses
Related Posts with Thumbnails