KEHIDUPAN suami isteri ibarat gigi dan lidah. Justeru, kadangkala pertengkaran tidak dapat dielakkan walaupun membabitkan soal remeh-temeh.Bukan semua pertengkaran itu tidak baik kerana ia juga boleh mendatangkan kebaikan, mematangkan suami isteri malah kehidupan berumah tangga.Pertengkaran juga membolehkan pasangan meluahkan apa yang terbuku di hati daripada memendam rasa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Jangan bertengkar sekadar membalas dendam atau menegakkan benang basah.Pertengkaran adalah petanda awal dalam perkahwinan iaitu suami isteri cuba menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka.Apabila berkahwin, segalanya harus dikongsi. Kehidupan berkongsi itu termasuk minat, selera, cara hidup dan perasaan yang tentunya ada perbezaan serta perselisihan. Pertengkaran dapat menyatukan semula perbezaan itu.
Malah bagi mereka yang dapat mengatasi perselisihan, ia mungkin akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri. Jika berlaku pertengkaran, jangan terlalu mencari kelemahan pasangan dan jangan hanya mencari kemenangan. Sebaliknya, berusaha mencari jalan penyelesaian.
Renungkan perkara berikut yang mungkin boleh dijadikan iktibar:
☺ Jika pertengkaran itu berkaitan sesuatu topik, jangan membabitkan hal lain kerana ia boleh memburukkan keadaan.
Jangan bertindak menggunakan fizikal atau menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman menggunakan nada suara yang rendah.
☺ Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan selepas bertengkar.
- Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan terpaksa membawa diri, jangan membuat keputusan terburu-buru.
- Selain itu, jangan pula menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana ia akan menyebabkan berlaku pertengkaran yang lebih hebat.
☺ Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.
☺ Elak bercakap panjang. Dalam menjalin perhubungan yang matang, hormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila bertanya dengan panjang lebar mengenai kesalahannya, ia boleh mencetuskan rasa kurang selesa. Cari jalan penyelesaian supaya perkara itu tidak berulang.
☺ Tiada dendam dalam percintaan. Apabila hati seseorang itu benar-benar disakiti, dia akan bertindak balas untuk menyakiti hati pasangannya. Alasannya, biar pasangannya rasa bersalah dan turut rasa apa yang dia rasakan selama ini.

Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kita benar-benar kurang profesional.
~~ Bobot suke sgt dgn artikel ni dan ingin dkongsi dgn rakan² blog.. artikel ini juga akan mbuatkan kite bfikir sendiri ttg diri kite... renung²kan yee... ♥♥ (^_^)
Post a Comment