" Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat..Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..Hanya yang melalui akan merasai..Hanya yang memahami akan mengerti.."
~ Ada pendapat menyatakan lelaki di Malaysia terutama kaum melayu kurang romantik dalam perhubungan kasih sayang... mungkin keromantikan itu terserlah pada awal bibit perhubungan.. namun setelah beberapa bulan @ selepas meniti rumah tangga.. perkataan romantik tidak ada lagi dalam kehidupan pasangan... Adakah wajar meletakkan sumer kesalahan pada kaum lelaki shj??? sebagai pasangan, wanita juga ada tanggungjawapnya... dalam perhubungan masing² perlu berusaha untuk mencipta detik² romantik dalam memastikan kemanisan percintaan boleh berterusan...
Jom bobot nak kongsi beberapa panduan yg boleh diaplikasikan dlm kehidupan seharian untuk memupuk saat romantis...
♂ LuangKaN MasA♀
~ Cuba kita menonton rancangan kegemaran bersama, berkelah, bercerita malah dgn cara meluahkan perasaan atau berbincang ketika berdua²an juga mampu menghasilkan suasana romantis...
♂LafaZ CinT@♀
~ Pasangan yg saling mencintai akan selalu memberikan pujian yg sesuai sama ada dalam bentuk kata² mahupun perbuatan..Lantas ucapkanlah kata² cinta, sayang atau rindu dalam nada yg berbeza drpd percakapan biasa ketika bersama....Melafazkan kata² sayang sebagai panggilan harian juga dpt menghasilkan perasaan romantis..
♂Kejutan♀
~ Sesekali buat kejutan kpd pasangan kita..lakukan perkara yg jarang dilakukan spt pemberian hadiah, bunga, memasak atau bawa di tempat² yg menarik.. membuat kejutan @ memberi sesuatu yg istimewa kpd pasangan pd hari² biasa.. Ingatan kita kpd si dia pd masa² yg tidak dijangka akan mencetuskan rasa sayang yg menebal dihati...
♂TarikH PentinG♀
~ Wanita biasanya peka terhadap tarikh penting dalam hidup mereka.. jika si dia melakukan sesuatu yg pelik pd kita hari² tertentu.. kemungkinan hari itu adalah hari istimewa bg kita dan si dia..mungkin si dia tidak akan memberitahu, sebaliknya pasangan kita berharap agar kita sentiasa mengingatinya...
♂MasA BerduA♀
~ Pastikan kita menyediakan masa untuk bersama berdua²an.. jika boleh luangkan masa tanpa ada kawan²..
Assalamualaikum sahabat² bobot sumer... dah lama bobot tak update blog, asyik layan mukabuku jeerr dan mungkin disebabkan bobot tiada idea & asyik dengar lagu AIMAN setiap malam... lagu ini terlalu menyentuh hati hingga bobot asyik termenung & sedih bila memikirkannya... mungkinkah lirik lagu ini akan berlaku pada diri bobot...hhhmmm... hanya ALLAH saje yg tahu apakah takdir yg akan menimpa diri bobot...hanya doa yg mampu ku pohon....
Kau cinta pertamaku Kau cinta terakhirku Tiada apa yang bisa Menafikan kasih kita
Kau ayu di mataku Satu antara seribu Tiada tara di dunia
Mungkin kan terputus di tengah jalan Mungkin kan terlerai tanpa ikatan Usah ragu dengan takdir
Kau ayu di mataku Satu antara seribu Tiada tara di dunia
Mungkin kita kan berbeza haluan Berakhirnya cerita percintaan Segalanya ketentuan Tuhan
Memang indah saat dilamun cinta, terasa seperti dunia ini kita yg punya.. kita sering berangan² terbang tinggi bersama pasangan kita..membelah awan di seluruh angkasa..berenang bersama merentasi segala lautan utama..mengembara sekeliling dunia sambil memacu kasih.. Pasti apa yg dikatakan td indah jika semua perkara dan masa yg dilalui itu dengan insan yg kita cintai..
CINTA..adakah cinta harus berkorban seluruh jiwa dan raga..??AdakahCINTA harus dicurahkan 100%... adakah benar kedua² kenyataan ini?? Adakah kita setuju dengannya??? Ingat..kita tidak boleh bersetuju dgn kenyataan td sepenuhnya kerana
Cuba kita imbau kembali saat² kita bercinta..adakah setiap detik kita bersamanya dirasakan indah² belaka?? Adakah kita merasai sumer perkara yg dilalui bersamanya begitu mengasyikkan dan tidak pernah berlaku perselisihan faham, berdebat atau pertelingkahan... jika kita tidak pernah melaluinya..memang percintaan yg kita lalui itu sungguh
Cinta juga merupakan sesuatu yg penting dalam kehidupan kita... ada turun naiknya seperti roda yg berputar..ada yg surut seperti lautan yg sentiasa ditemani alunan ombak.. Sifat pro & kontra yg ada dalam diri kita dan sidia yg akan membuatkan cinta itu sentiasa mempunyai ujian dan keindahan yg tersendiri. Setiap ujian yg datang pada kita sebenarnya penanda adakah kita benar² komited terhadap cinta yg terjalin...jika kita benar² meletakkan diri dalam percintaan, maka pasti kita akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan cinta yg kita bina agar tidak terburai di tengah jalan..tetapi kita harus berfikir, adakah apa yg kita buat benar² bebaloi untuk kita lakukan?? (keputusannya di tangan kita sendiri..renung²kan hehehehee..)
Jika kita penah melalui detik² yg menimbulkan rasa tidak puas hati, panas hati atau terasa hati dgn ucapan kata² atau pun terasa dgn kelakuannya.. itu memang perkara normal... Jalan terbaik yg harus kita lakukan ialah tidak meletakkan100%keterujaan kita terhadap cinta... biar pun kita begitu kasih, cinta dan terlalu sayang padanya, simpanlah sekurang²nya30%dari cinta yg diberi untuk diri kita..ini kerana ia akan dijadikan sandaran atau pengubat hati lara apabila kita mengalami...dengan baki30%itu lah yg akan membuatkan kita mampu bangkit dari cinta dan meneruskan kehidupan tanpa perlu memikirkan apa yg telah terjadi..Cinta yg lalu kita simpanlah dalam arkid diari hidup kita..jadikan ia sebagai pengalaman agar tiada perkara yg menyakitkan hati & perasaan kita berulang lagi...
Jangan biarkanCINTAmenguasai keseluruhan hati kita kerana kita perlu membahagiakannya dengan perkara² lain juga..ini bermakna kita tidak patut menyerahkan100%cinta buat dirinya..manalah tahu sekiranya dia bukanlah pasangan kita sepanjangan hayat seperti mana yg telah tercatat dalam takdir hidup kita..
Cuba kita fikirkan 1000 tahun yg akan datang..biar pun tiada diantara kita yg mampu hidup sebegitu lama..jangan buat keputusan terburu².. Ingat la, apa langkah dan keputusan yg kita ambil adalah demi masa hadapan kita dan bukanlah setakat untuk sebulan dua yg akan datang..maka simpanlah separuhCINTAitu buat diri kita sendiri...(^_^)v
p/s : Bobot harap coretan ini dapat kita kongsi bersama demi mencari kebahagiaan diri kita sendiri...
Hari ni bobot tak tahu nak update apa...idea takde langsung huhuhuu.. last² tgk email jumpa 1 topic yg bobot nak kongsi dgn u all sumer.. baca la yerrr...
Wanita Cantik yg suka Menangis... Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak lelaki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang lelaki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia "menghubungi" Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah Berfirman
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu" "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya " tempat dimana cinta itu ada."
Hargailah setiap wanita yang anda kenal hari ini. Jika anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!
Sesungguhnya kecantikan wanita yang azali bukan pada kecantikan luaran semata²..Selamilah hati wanita itu dan ingatlah... ...
p/s : sori la yeerr..bobot copy dr email jeer.. harap sumer kwn² faham, tak semestinya idea tu ada setiap hari.... (~_~)
haaa....entry kali ni bobot nak cite satu produk yg mmg bobot rasa pelik dan boleh la dikatakan mmg tak caya..sbb baru 1st time bobot tahu ada tuala wanita yg bole juga dipakai oleh lelaki...mesti u all sumer rasa pelik kan..kan..kan.. hehehee..
Nak jadikan cite..pagi tadi masa bobot dan rakan² sedang sarapan berdekatan dgn tempat kerja...salah sorang rakan kpd kawan bobot ni nak perkenalkan 1 produk yg bobot tak penah dengar selama ni dan bagi free sample suruh mencubanya hehehe.. katanya tuala wanita ni bole dipakai oleh lelaki dan elok untuk kesihatan... so dia pun cite la serba sikit tentang produk ni.. salah sorang kwn bobot penah mencuba produk ni..katanya tuala wanita ni sejuk dan sesuai digunakan kalu kite demam...bau tuala ni pun mcm minyak gamat jeerr....
Balik je opis..terus bobot sebarkan di facebook hehehe..ada la jgak kwn² bobot perli & ada jugak yg rasa pelik tak percaya tuala wanita bole dipakai oleh kaum adam..huhuhuuu.. so sape² yg tahu tentang produk tuala wanita ni atau kaum² lelaki yg penah mencubanya..boleh la bagi komen & sama² kita kongsi yeee..
p/s : bobot ambik 2 nak bagi mak & kakak bobot cuba pakai..kalu ok, bole la bobot buat bisnes hehehehe...
Insan Bernama Lelaki Juga Punya Hati & Perasaan Ingin Di Hargai & Di Sayangi
Siapa kata lelaki susah nak menangis? Sape kata kalu lelaki menangis tu tak gentlemen? sape kata lelaki menangis tak macho? heheheheh...itu terpulang pada keadaan & pendapat masing²...tapi kalu menangis kerana tgk drama kat tv.. memang tak macho laaa lelaki tu kot hehe....nak² pulak drama rekaan semata²...dah la kisah cinta..rekaan pulak tu...hehehe (bobot pun kadang² menangis tgk drama.. terlebih feeling huhuhu..)
Entry kali ini agak sempoi...bobot nak ajak sahabat² baca & cuba fahami bersama...kalu tak mau baca pun takpe..tak kena saman pun hehehe...
LELAKI~~~>>>Bila lelaki benar² jatuh CINTA dan SETIA pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba² secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.
Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda² lelaki yang jatuh cinta dengan hebat
:::::::::::::::::::::::::::::::::::: ............................ .............. ↓ ↓↓↓ ô. Bersungguh² melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. ↓ ôSentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap. ↓ ô. Banyak menasihati kekasihnya kerana amat menyayangi kekasihnya. ↓ ô. Berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap². ↓ ô. Sentiasa takut kehilangan kekasihnya. ↓ ô. Sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana sentiasa berasa curiga. ↓ ô. Tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya. ↓ ô. Mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. ↓ ô. Adakalanya seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain. ↓ ô. Menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. ↓ ô. Pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya. ↓ ô. Akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.. ↓ ô. Sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya. ↓ ô. Mementingkan kekasihnya daripada dirinyasendiri. ↓ ô. Kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya. ↓ ô. Tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. ↓ ô. Cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar. ↓ ô. Membanggakan kekasihnya di depan orang lain. ↓ ô. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun sentiasa mengharapkekasihnya kembali kepadanya. ↓ ô. Apabila timbul orang ketiga, dirinya akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. ↓ ô. Menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. ↓ ô. Tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum mencintai kekasihnya. ↓ ô. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.
Assalamualaikum sahabat² bobot sumer... Entry kali ni bobot tak tahu nak letak topic apa.. fikir² bobot letak jer la cite malam td...kalu bobot cite apa yg bobot wat setiap hari nanti u all bowing plak bace cite bobot kannnhehehe.. ok la..bobot cuma nak cite mlm td tercapai la sudah impian bobot nak makan SATAYdi kajang hehehe....dah lama sbenarnya bobot teringin nak makan satay tp masa shj yg tidak mengizinkan..(dah macam org mengandung la plak huhuhuuu..) semalam bobot bagitau mak yg bobot nak blanje mak & ayah makan satay..lagi pun dah lama tak ajak famili bobot makan luar..seronok sungguh mak & ayah bila bobot bgtau nak blanje mkn..biasalah kann..famili mana yg tak seronok bila tahu anaknya nak blanje mkn.. walaupun tak byk mana sekurang²nya dpt la jugak bobot menghiburkan hati mereka selagi masih ada..tanpa mereka siapalah kita dimuke bumi Allah ini..
~~
P/S : Mak & Ayah bobot malu nak bergambar ber2 ketika makan..mcm couple mude² plak hehehe...
Assalamualaikum.. zBobot cuma nick id aku,rasa mcm comel je nama tu hehehe.. nama sbenar Zan(nama pendek) Kawan2 kate aku ni jenis yg simple, suke menceriakan kwn2 dan senang berkwn ngan semua org...
Proving his mettle
-
By AZHARIAH KAMINNubhan has made much progress in his singing career since
his Akademi Fantasia days.AFFABLE, polite, engaging and warm – that’s how
one wo...
~ Siapa sangka..getaran cinta hadir tanpa diduga..pendirian roboh tanpa rela..Dalam keasyikan menyulam kebahagiaan..tersedar dari lena yg panjang. Mimpi2 indah rupanya satu persenda..Demi Kasih..rela menjadi satu pengemis CinTa yg punya HarGa Diri & MaruaH.. CinTa yg tak pasti di mana destinasi akhirnya dan kerana itu ada HaTi yg tercaLar..ada perasaan yg terLuka & ada Jiwa yg MenahaN raSa..~
WayanG KiTa 2009
Waktu Malaysia
Sesungguhnya masa itu EMAS yang tidak boleh di jual beli
☺Follow Me☺
:: Sila la klik sambil menyumbang kpd mereka yg memerlukan ::
Aplikasi Setel – Pam petrol seperti bos!
-
Sudah lama saya menggunakan aplikasi Setel, baru sekarang nak buat entri
mengenainya. Buat pengetahuan pembaca, hanya stesyen minyak Petronas
menggunakan ...
Selamat datang new challenge of 2019
-
Alhamdulillah sampai jua 2019 kepada kita masih dipanjangkan usia walau
sekian lama dalam perjalanan hidup kita.
Tahun-tahun yang sudah memang banyak menga...
harga dan spesifikasi kamera
-
[image: harga dan spesifikasi kamera]Daftar harga Kamera Digital baru dan
bekas termurah 2018 di Indonesia. Belanja online, perbandingan harga,
review, ......
PART 4: OUR JUNIOR JOURNEY (RESULT TVS)
-
*APA ITU TVS?*
TVS atau nama medical *TRANSVAGINAL SCAN*. alat seperti tongkat dimasukkan
ke dalam faraj untuk menghantar gelombang bunyi dan mengumpulkan...
Rare Theology Books
-
Deciphering the clues requires creative decisiveness, critical thinking,
logical analysis and efficient examination of the most suitable educational
road...
Sekian lama menyepi...
-
* السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
*alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik....lama sungguh tak
updated blog ni...tetiba terpk nk aktif semula...
OMG
-
the mind says do it
the heart approves
but the body rejects
when
needs, obligations and expectations
stumble upon rejections
it just explodes
and
it hurt...
Sorry mama lupa...
-
Dalam kalut bersiap nak pergi kerja lepas subuh tadi nengok si bombom
relax je lepas solat subuh di sofa sambil menyelak-yelak majalah lawak
kampusnya. Ha...
Hey guys... Long time no update from me huh ? :D
-
Oh my God ! is this for really ? like really - really really ? ith has been
so long since i've updated this blog . Nearly , thiskinda thing is not my
thin...