:: Mencipta Saat Romantis ::



♥♥ Saat melalui detik romantik bersama pasangan mampu menambahkan lagi keintiman dan kemesraan dua insan dalam berkasih sayang...♥♥

~ Ada pendapat menyatakan lelaki di Malaysia terutama kaum melayu kurang romantik dalam perhubungan kasih sayang... mungkin keromantikan itu terserlah pada awal bibit perhubungan.. namun setelah beberapa bulan @ selepas meniti rumah tangga.. perkataan romantik tidak ada lagi dalam kehidupan pasangan... Adakah wajar meletakkan sumer kesalahan pada kaum lelaki shj??? sebagai pasangan, wanita juga ada tanggungjawapnya... dalam perhubungan masing² perlu berusaha untuk mencipta detik² romantik dalam memastikan kemanisan percintaan boleh berterusan...

Jom bobot nak kongsi beberapa panduan yg boleh diaplikasikan dlm kehidupan seharian untuk memupuk saat romantis...

Smiley

LuangKaN MasA
~ Cuba kita menonton rancangan kegemaran bersama, berkelah, bercerita malah dgn cara meluahkan perasaan atau berbincang ketika berdua²an juga mampu menghasilkan suasana romantis...

LafaZ CinT@
~ Pasangan yg saling mencintai akan selalu memberikan pujian yg sesuai sama ada dalam bentuk kata² mahupun perbuatan..Lantas ucapkanlah kata² cinta, sayang atau rindu dalam nada yg berbeza drpd percakapan biasa ketika bersama....Melafazkan kata² sayang sebagai panggilan harian juga dpt menghasilkan perasaan romantis..

Kejutan
~ Sesekali buat kejutan kpd pasangan kita..lakukan perkara yg jarang dilakukan spt pemberian hadiah, bunga, memasak atau bawa di tempat² yg menarik.. membuat kejutan @ memberi sesuatu yg istimewa kpd pasangan pd hari² biasa.. Ingatan kita kpd si dia pd masa² yg tidak dijangka akan mencetuskan rasa sayang yg menebal dihati...

TarikH PentinG
~ Wanita biasanya peka terhadap tarikh penting dalam hidup mereka.. jika si dia melakukan sesuatu yg pelik pd kita hari² tertentu.. kemungkinan hari itu adalah hari istimewa bg kita dan si dia..mungkin si dia tidak akan memberitahu, sebaliknya pasangan kita berharap agar kita sentiasa mengingatinya...

MasA BerduA
~ Pastikan kita menyediakan masa untuk bersama berdua²an.. jika boleh luangkan masa tanpa ada kawan²..

Smiley
♥♥ Jangan malu @ malas untuk mengungkapkan kata² cinta kerana ia akan menyebabkan pasangan kita rasa tidak dihargai.. ♥♥


Related Posts with Thumbnails