:: Perasaan InI ::



Assalamualaikum sahabat² bobot sumer... dah lama bobot tak update blog, asyik layan mukabuku jeerr dan mungkin disebabkan bobot tiada idea & asyik dengar lagu AIMAN setiap malam... lagu ini terlalu menyentuh hati hingga bobot asyik termenung & sedih bila memikirkannya... mungkinkah lirik lagu ini akan berlaku pada diri bobot...hhhmmm... hanya ALLAH saje yg tahu apakah takdir yg akan menimpa diri bobot...hanya doa yg mampu ku pohon....

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan


:: Keyakinan Sebuah Cinta ::

Memang indah saat dilamun cinta, terasa seperti dunia ini kita yg punya.. kita sering berangan² terbang tinggi bersama pasangan kita..membelah awan di seluruh angkasa..berenang bersama merentasi segala lautan utama..mengembara sekeliling dunia sambil memacu kasih.. Pasti apa yg dikatakan td indah jika semua perkara dan masa yg dilalui itu dengan insan yg kita cintai..

CINTA.. adakah cinta harus berkorban seluruh jiwa dan raga..?? Adakah CINTA harus dicurahkan 100%... adakah benar kedua² kenyataan ini?? Adakah kita setuju dengannya??? Ingat..kita tidak boleh bersetuju dgn kenyataan td sepenuhnya kerana
CINTA TIDAK MANIS SEPANJANG WAKTU...


Cuba kita imbau kembali saat² kita bercinta..adakah setiap detik kita bersamanya dirasakan indah² belaka?? Adakah kita merasai sumer perkara yg dilalui bersamanya begitu mengasyikkan dan tidak pernah berlaku perselisihan faham, berdebat atau pertelingkahan... jika kita tidak pernah melaluinya..memang percintaan yg kita lalui itu sungguh

LUAR BIASA..!!!


Cinta juga merupakan sesuatu yg penting dalam kehidupan kita... ada turun naiknya seperti roda yg berputar..ada yg surut seperti lautan yg sentiasa ditemani alunan ombak.. Sifat pro & kontra yg ada dalam diri kita dan sidia yg akan membuatkan cinta itu sentiasa mempunyai ujian dan keindahan yg tersendiri. Setiap ujian yg datang pada kita sebenarnya penanda adakah kita benar² komited terhadap cinta yg terjalin...jika kita benar² meletakkan diri dalam percintaan, maka pasti kita akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan cinta yg kita bina agar tidak terburai di tengah jalan..tetapi kita harus berfikir, adakah apa yg kita buat benar² bebaloi untuk kita lakukan?? ( keputusannya di tangan kita sendiri..renung²kan hehehehee..)

Jika kita penah melalui detik² yg menimbulkan rasa tidak puas hati, panas hati atau terasa hati dgn ucapan kata² atau pun terasa dgn kelakuannya.. itu memang perkara normal... Jalan terbaik yg harus kita lakukan ialah tidak meletakkan 100% keterujaan kita terhadap cinta... biar pun kita begitu kasih, cinta dan terlalu sayang padanya, simpanlah sekurang²nya 30% dari cinta yg diberi untuk diri kita..ini kerana ia akan dijadikan sandaran atau pengubat hati lara apabila kita mengalami KEKECEWAAN...dengan baki 30% itu lah yg akan membuatkan kita mampu bangkit dari cinta dan meneruskan kehidupan tanpa perlu memikirkan apa yg telah terjadi..Cinta yg lalu kita simpanlah dalam arkid diari hidup kita..jadikan ia sebagai pengalaman agar tiada perkara yg menyakitkan hati & perasaan kita berulang lagi...

Jangan biarkan CINTA menguasai keseluruhan hati kita kerana kita perlu membahagiakannya dengan perkara² lain juga..ini bermakna kita tidak patut menyerahkan 100% cinta buat dirinya..manalah tahu sekiranya dia bukanlah pasangan kita sepanjangan hayat seperti mana yg telah tercatat dalam takdir hidup kita..

Cuba kita fikirkan 1000 tahun yg akan datang..biar pun tiada diantara kita yg mampu hidup sebegitu lama..jangan buat keputusan terburu².. Ingat la, apa langkah dan keputusan yg kita ambil adalah demi masa hadapan kita dan bukanlah setakat untuk sebulan dua yg akan datang..maka simpanlah separuh CINTA itu buat diri kita sendiri... (^_^)v

p/s : Bobot harap coretan ini dapat kita kongsi bersama demi mencari kebahagiaan diri kita sendiri...


Related Posts with Thumbnails