:: Fahami Sifat Pasangan ::

Agak sukar sebenarnya untuk kita memahami perasaan pasangan2 kita sama ada mereka gembira atau tidak dengan apa yg dilakukan..Misalnya hubungan dengan suami atau teman lelaki ada ketikanya melalui fasa agak sukar kerana berlaku salah faham, kurang prihatin atau silap tanggapan terhadap sesuatu perkara..Wanita kadang2 kurang memahami suami atau teman lelaki meraka.. Suami atau teman lelaki pula kadangkala tidak faham naluri dan kehendak wanita..

Dalam hal ini, ada sesuatu yg harus dipelajari oleh kedua2 pihak untuk mencapai persafahaman. Panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk lebih memahami pasangan..

CEREWET
Wanita cerewet memilih gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan dihati. Sedangkan lelaki anggap soal makan agak mudah, boleh makan di mana2 sahaja..

PERHATIAN
Wanita suka diberi perhatian dan adakalanya manja tidak bertempat. Sikap ini menyebabkan mereka "syok sendiri" dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka mungkin merajuk.

PENTING DIRI
Ada wanita terlalu perasan dan mudah menjerat perasaan mereka kerana sering mengharapkan lelaki memahami sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

BELI-BELAH
Ada wanita suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, menyebabkan lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yg suka menghabiskan masa untuk tujuan itu.

MENGUMPAT
Ada wanita terlalu byk cakap mengenai orang lain dan akhirnya mengutuk. Jika dilayan kata2 mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

TIDAK TUNJUK
Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

BERDIAM DIRI
Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising tetapi tidak bermakna mereka tidak prihatin kpd anak2 & isteri.

BEBAS
Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal. Jika isteri atau teman wanita mengongkong lelaki, dia akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kpd apa jua permintaan wanita.

PENTING DIRI
Adakalanya isteri dan wanita kurang bijak menunjukkan kasih sayang kpd suami atau teman lelaki tetapi hanya mengharapkan suami atau teman lelaki memberi kasih sayang..

BERDIKARI
Jangan terlalu bergantung kpd suami dan teman lelaki pada perkara yg mampu anda lakukan. Ada wanita yg terlalu bergantung kpd suami dengan tujuan suami sentiasa berada di sisi mereka. Ini mungkin tidak digemari suami atau teman lelaki..

UBAH PERANGAI
Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka serta mengubah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga merajuk hehe, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia elakkan perbuatan ini kerana ia tidak memberi faedah..

BANYAK SOALAN
Sesetengah wanita suka bertanya pelbagai soalan kpd suami atau teman lelaki tetapi tidak suka kpd jawapan yg diberikan mereka. Ini membuatkan suami atau teman lelaki bosan melayan soalan wanita..

RENDAH DIRI
Wanita tidak perlu menunjuk2 kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka. Kelebihan itu mungkin memperbodohkan lelaki sehingga mereka tidak berminat melayan kerenah wanita sedemikian.

SENSITIF
Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki byk memikirkan perkara penting..

TERIMA HAKIKAT
Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati. Wanita harus terima hakikat itu..







compassion smiley full of love, hugs and kisses

::Hari Kemerdekaan ke-52 & Bulan Ramadhan Al-MubaraK::



Istimewanya Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2009 kali ini hadir bersama Bulan penuh kemuliaan bagi umat Nabi Muhammad SAW iaitu bulan Ramadhan.
Suatu bulan yang dijanjikan oleh Nabi SAW bahawa Allah akan menurunkan rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api neraka jahannam. Oleh itu, alangkah beruntungnya bagi para hambanya yang dapat menggunakan kesempatan ini untuk meraih tawaran dan ganjaran hebat daripada Allah SWT untuk para hambanya yang benar-benar bersungguh mendapatkan ganjaran tersebut. Sementara celakalah bagi manusia yang mempersiakan Ramadhan dengan tidak melakukan amalan-amalan yang boleh meraih keampunan dan keredhaan dari Allah SWT.




'Merdeka Dunia, Merdeka Akhirat'

Itulah ungkapan yang sesuai digunakan sempena kehadiran Ramadhan dan sambutan Hari Kemerdekaan yang datang serentak pada tahun ini. Kemerdekaan hakiki yang dituntut oleh Allah SWT iaitu merdeka di dunia & akhirat.
Merdeka bukan sekadar bebas dari kuasa penjajah yang menakluk dan menguasai tanah tumpah darah kita.. Merdeka juga bukan sekadar mendapat kuasa pemerintahan dari negara penjajah... Tetapi hakikat merdeka amatlah luas.. bukan terbatas dalam dimensi kebebasan dunia bahkan hingga melangkau kepada kebebasan di akhirat...

Kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Dalam beberapa hari lagi, kita umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadan dengan berpuasa, bulan yang penuh barakah. Di mana permulaannya rahmat, manakala pertengahannya pengampunannya dan akhirnya merdeka daripada api neraka. Bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk untuk semua manusia. Bulan yang dibuka Allah SWT pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat semua syaitan. Bulan kemenangan Islam dalam peperangan Badar dan penaklukan Kota Makkah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Allah berfirman, Setiap amalan anak Adam adalah untuk-Nya melainkan puasa, sesungguhnya ia untukKu dan Akulah yang akan memberi ganjarannya, puasa itu adalah perisai. Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar. Jika seseorang mencacimu katakanlah kepadanya: "Saya berpuasa, saya berpuasa. Demi tuhan yang diri Muhammad di tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan yang akan diraikannya, ia gembira ketika berbuka dan apabila bertemu Tuhannya ia bergembira dengan berpuasanya" . (Riwayat Al-Bahari).

Pastikan diri kita tidak meninggalkan kewajipan puasa Ramadan sebaliknya orang yang meninggalkan kewajipan puasa Ramadan tanpa sebab dan alasan, ingatlah pesanan Rasulullah SAW, "Rugilah seseorang yang datang kepadanya Ramadan, dia membiarkannya berlalu begitu saja sebelum dosanya diampunkan". ( Hadis Riwayat At-Tarmizi)

“Mudah-mudahan dengan izin-Nya, Ramadhan kali ini adalah yang terbaik bagi kita semua, sekaligus membawa keampunan dan rahmat Allah swt”

::Bersama Rakan2 Program McLead::

Pada bulan July lepas aku dan rakan2 telah ditugaskan menjadi committee untuk program para pelajar di Puteri Resort Melaka..Hotel ni memang selesa sangat hinggakan bobot nak tinggal terus je kat hotel tu hehehe..kali ni bobot telah ditugaskan untuk menjadi committee penginapan.. tugas yang paling bobot suka sgt..hehehe (^^).. Tugas ini takde la teruk sgt.. lagi pun seronok bila ada tugasan luar ni..sambil kerja dapat jugak tengok2 tempat orang.. Kat melaka ni orang kata ikan bakarnya sedap.. apa lagi, bila malam je bobot dan rakan2 pergi Jeti Umbai layan ikan bakar, sotong, ketam, kerang, udang dan lain2 lagi la hehehe.. habis jugak la dalam ratus2 huhuhu.. biasalah bukan selalu pun dapat makan besar dengan rakan2 macam ni.. Jom layan aksi2 yang sempat bobot ambik..laayyaaaannnnnn...

(^^) Jom makannnn.... (^^)

Lelong!! Lelong.>>!!! 58!! 58!! mari ..sape mau saya..huhuhuhu..

Sebahagian menu yang bobot dan rakan2 pilih.. habis semua dibedal.. hehee..

Rakan2 Committee yang kuat bekerja subuh hingga ke malam .. Group Ustaz beb hehehe... (^_^) Abgda Azhar, Ustaz Nazri, Br.Iskandar(skrg dah jd bos besar) Tahniahhh!!! last sekali Ustaz Sharif..insan yg suka tersenyum jee..hehehe..

Aksi KAnToiiii..hehehe.. Ciannya dia, kenyang sangat makan sea food kat Jeti Umbai..


Memori Bersama Rakan2 Universiti..

:: Layan NoveL ::

Entah kenapa malam ni mataku terasa segar tidak seperti malam2 lain.. Mungkin diriku terlalu banyak memikirkan segala hal yang ku tanggung selama ini.. tapi itu semua ku terima sebagai dugaan..
Dok layan perasaan tiba2 je aku teringat Novel yang baru ku beli minggu lepas.. cerita ni memang best sangat..itu kata bobot la..bila baca sinopsis cite ni.. Aku ni memang suka layan novel.. hati jiwang jugak walaupun diriku jantan tulin hehehehe.. malam ni tak tahu la cik bobot nak titon pukul berapa.. esok pagi ada program plak tu.. hentam saja la cik bobot.. huhuhuuu..
Sinopsis : TIADA YANG KEDUA
NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.

Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?




::== ini la sesi yg paling bobot suka.. sesi KANtoi..hehehe.. berdengkur kawan aku ni.. penat sangat katanya..dia la salah sorang pekerja contoh (kuat titon) hehehe.. ==::
::== bobot bersama bos dulu kini dan dot.. dot.. dot.. ==::

::== muka dah penat tapi nak jugak bergambar.. mcm encem sangat.. encem lagi totoro aku.. hehehee.. ==::

::== cian kawan aku sorang ni.. dah la GeMoK ambik gambar pun tak nampak..huhuhu.. ==::

::== ni muka masing2 tgh penat baru lepas daki bukit beb.. masa ambik gambar semua control perut.. ontaii..perut BOROii..hehehe ==::

AKHIRNYE aku berjaya ...kesabaran ku selama ini yg ku tunggu tiba jua akhirnya walaupun di saat akhir aku hampir kecewa...emmmm.....akhirnye ku temui dia...ku bersyukur pada NYA.....

Hahahahaha....ayat xbleh blahhh ek.....jiwang semacam je...mcm baru jumpe gf baru...... :) ishhhhh mana ada gf baru... zbobot setia tau ngan KEKASIH & CINTA nya tu....walaupun jauh tp dekat dihati...juz nk bgtau yg zbobot kat cni akhirnye berjaya dapat buat blog sendiri hasil bantuan cik yumici...hoooreeeeyyyy...dah lama nak buat blog sendiri..tapi takde cikgu yg nak ngajar.. nasib baik ada cikgu yumici gitu...waaaahhhh...

Terima Kasih tak terhingga pada cik yumici....macam promosilah pulak hahahaha...

Related Posts with Thumbnails